Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu Pada Harga RM2.65 Juta

Rev Asia Beli Tiga Laman Web MelayuRev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu Pada Harga RM2.65 Juta

Menjelang tahun baru 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi, syarikat besar yang memfokuskan kandungan digital iaitu Rev Asia Berhad dilihat “shopping sakan” dengan membeli tiga lagi laman web berbahasa Melayu.

Ini bukan kali pertama Rev Asia Berhad membeli laman web bahasa Melayu. Sebelum ini kumpulan media digital ini membeli laman web hiburan Melayu popular, OHBULAN(www.ohbulan.com).

Pihak mereka telah menandatangani perjanjian bersama M Driven Sdn Bhd untuk membeli laman web hiburan itu pada tahun 2014. Sekali lagi pada tahun ini 2016 syarikat itu berbelanja besar dengan membeli secara “bundle” tiga laman web melayu terkenal dengan harga RM2.65 juta.

3 Laman Web Dibeli Rev Asia Berhad

3 laman web yang dimaksudkan adalah Siraplimau, KongsiResepi, MyResepi. Senarai domain adalah seperti di bawah:

  1. https://siraplimau.com/
  2. http://www.myresipi.com/
  3. http://www.kongsiresepi.com/

Tidak Mahu Kalah Punca Beli 3 Laman Web Ini

Rev Asia adalah satu syarikat gergasi di Malaysia yang memfokuskan kandungan digital. Dengan pembelian 3 laman web Melayu ini dilihat pihak mereka tidak mahu kalah dalam persaingan yang sengit dalam kandungan digital di Malaysia. Untuk makluman, ketiga-tiga portal berkenaan boleh dikatakan antara yang mempunyai bilangan pengunjung tertinggi di Malaysia.

Jadi, tidak hairanlah laman web ini dibeli dengan harga jutaan ringgit. Namun, ada pihak yang berkata harga RM2.65 juta itu sangatlah murah untuk ketiga-tiga laman web itu.

Apa-apa pun diucapkan selamat tinggal kepada pemilik lama laman web itu iaitu Dua Marhalah Sdn Bhd.

Pengambil-alihan ini juga bakal membolehkan REV Asia terus menambah pendapatan melalui penjualan iklan dan kandungan yang ditaja pada platform-platform mereka.

 

Latest Comments
  1. ira |
  2. titan |
  3. Wan |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info