Safee Sali berazam untuk menamatkan kemarau gol malam esok apabila Harimau Malaya bertemu Vietnam. Untuk rekod, kali terakhir Safee menemui sentuhan penyudah ialah ketika Malaysia tumpas 2-3 kepada India dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Lake Salt, India pada 16 November tahun lalu.
Hampir setahun berlalu, Safee, 28, begitupun dilihat gagal menterjemahkan setiap peluang membuat jaringan yang indah biarpun masih mendapat kepercayaan jurulatih, Datuk K. Raja- gobal menerajui jentera serangan dalam beberapa episod perlawanan persahabatan antarabangsa selepas itu.
Justeru, penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu nekad merobek gawang Vietnam menjelang aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam malam esok.
“Sudah lama rasanya saya tidak menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan. Jadi, saya harap dapat menamatkan kemarau tersebut (malam esok) tidak kira siapa gandingan saya nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Comments
Powered by Facebook Comments

