Saiful Apek Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek bersama-sama tiga sahabatnya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, bersama-sama tiga sahabatnya, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 43; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Bagus lah itu, harap Saiful Apek dapat kembangkan kerjayanya lagi.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments