Saksi Dedah Cerita Sebenar Kes Gadis Cina Lawan Arus

Saksi Dedah Cerita Sebenar Kes Gadis Cina Lawan Arus

Patutlah Dia Beria LARI ! Rupanya …

PERMATANG PAUH: Baru-baru ini seorang pemandu terbunuh dalam satu kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan dari Seberang Jaya menghala Kepala Batas(14 Mac 2017).

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.59 pagi itu, lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah Proton Gen2, Proton Preve dan sebuah van pekerja.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk sehingga 1 kilometer di kedua-dua arah kerana ia berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu keluar ke tempat kerja.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Kemalangan berlaku berpunca daripada seorang gadis cina yang memandu secara melawan arus sebelum melanggar beberapa kenderaan lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, suspek yang juga model sambilan itu sedang khayal dan mendakwa ternampak sebuah lori besar yang menyebabkannya berpatah balik dan memandu secara lawan arus.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai baru sahaja pulang minum dari sebuah kelab malam bersama rakannya di Bukit Mertajam serta mengambil dadah dan ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Dua di sini.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencingnya juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Saksi Dedah Cerita Sebenar Kes Gadis Cina Lawan Arus

Comments
  1. Wan Syahida |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info