Semalam telah berlangsungnya satu pertandingan yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu pertandingan akhir(final) Raja Lawak 6. Dalam pertarungan merebut gelaran Juara Raja Lawak 6 itu empat peserta telah dipilih untuk peringkat akhir itu. Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Final Raja Lawak 6 adalah Shiro, Zero, Cuit dan 2Yol.
Dalam pertandingan tersebut yang berlangsung semalam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Hiro muncul sebagai Juara Raja Lawak Musim Ke-6 dan Zero muncul sebagai Naib Juara. Dua lagi peserta iaitu Cuit dan 2Yol masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.
Kemenangan Shiro telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000. Tempat kedua Zero, berjaya membawa pulang RM50,000, tempat ketiga Cuit membawa pulang RM30,000 dan tempat keempat 2Yol dengan membawa pulang wang tunai RM10,000. Tahniah diucapkan kepada sang juara.
Untuk menonton video penuh Raja Lawak 6 akhir KLIK SINI
Comments
Powered by Facebook Comments
