Home / Info / SITI CONTOH TERBAIK UNTUK UMAT ISLAM

SITI CONTOH TERBAIK UNTUK UMAT ISLAM

siti13

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah pasti ramai yang tahu siapakah empunya nama yang cantik molek itu. Siti Nurhaliza merupakan artis Melayu yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan di gelar penyanyi nombor satu di Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan ikon kepada semua remaja, wanita, kanak-kanak dalam negara ini. Pengaruh yang begitu kuat daripada Siti Nurhaliza sangatlah menjadi senjata utama untuk mengubah sikap rakyat di Malaysia ini. Sikapnya yang sopan santu, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam tutur kata perlu dijadikan contoh yang baik.

 

Namun, di sebalik itu ada satu yang tidak sempurna iaitu cara pemakain tudung Siti Nurhaliza yang tidak sempurna menutup aurat. Siti merupakan ikon kepada semua dan jika kelakuan memakai tudung yang tidak lengkap menutup aurat itu sering ditunjukkan maka mudahlah wanita-wanita yang menjadikan Siti sebagai ikon mereka mengikuti cara pemakaian ini. Alangkah bagusnya jika Siti Nurhaliza menutup aurat dengan sempurna. Kita bersama-sama mendoakan supaya pintu hati Siti Nurhaliza terbuka untuk memakai tudung litup menutup aurat sepenuhnya. Semoga doa-doa kita di makburkan oleh Allah. Amin.

 

Bercerita mengenai Siti, disini bukanlah Ammar ingin menceritakan secara terperinci mengenai Siti Nurhaliza tetapi disini Ammar ingin menceritakan 9 Siti yang patut dijadikan contoh kepada umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah:

 

1) Siti Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
– Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
– Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

 

Semoga Siti Nurhaliza tergolong dalam kalangan Siti-Siti yang boleh menjadi contoh terbaik untuk umat Islam di dunia ini. Mungkin Siti Nurhaliza akan tersenarai dalam 10 Siti terbaik.

 

SUMBER: DANISH IRFAN

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

35 comments

  1. miss ryrinn _ angin
  2. Iejah pun siti jugk..Siti Nur Khadijah.
    tapi rasenye mcm xmmpu menjadi seperti Siti² diatas sbb iman & taqwa mereka sgt tinggi..mereka sgt taat.zaman dulu lain,zaman skrg semuanya sudah diosakkan oleh yahudi.susah utk kite taatkn sesuatu & menjadi yg terbaik..semuanye melalaikan.sebelum dajjal keluar lagi kite semua dh kene sihir dajjal.
    bila org tahu eja keturunan wali²,sendiri rase malu sbb xde sifat sperti keturunan wali².

  3. tlglah removekan gambar cik siti tu… kesian empunya diri kerana dirinta dan termasuk yg tukang pamer dapat saham dosa free jer setiap kali mata bukan muhrimnya memandang… kesian kat datuk K nak menanggung saham dari isterinya… x bersesuaian juga diri nya dengan 9 siti yg lain… bak kata ketua pemuda umno KJ, must compare apple to apple… jadi saudara ammar bagus utk menulis.. kerana ia juga boleh menjadi salah satu dari cabang dakwah yg boleh generate pahala kepada penulis di dalam menyebarkan ilmu dan kefahaman.. tetapi salah step akan sebaliknya pula… learnt from mistake tp jgn learnt to make mistake…

  4. I dont think so that Siti can be an example as muslimah women…. tottally far away the gap…

  5. betul 2.. xsesuai sangt..

  6. bodoh pnye siti nurhaliza.

  7. tak perlu bubuh gambar siti..bertambah dosa dia dan suaminya..lebih kasihan pada suaminya tu kena tanggung semua dosa isteri..kepada siti..kasihankan suamimu yang kena tanggung segala dosa sejak dia terima akad untuk bernikah dengan awak..

  8. Siti Nurhaliza x bodoh la…
    cma ati die lom trgrk..
    ko sbgi manusia x lyk nk ckp mcm 2…
    ko manusia biasa dn siti pon manusia biasa..
    smua org ad kslhan yg di wat..
    x ad manusia pon yg sempuna di muka bumi ni..

    pikir2 kn la kwn..

  9. Dah tak ada siti lain ka nak dijadikan contoh…saya rasa ada ramai lg siti yg lebih baik drp siti nurhaliza tu…

  10. Moga diberi taufik dn hidayah utk berhijrah.

  11. Nordiana Ibrahim

    ct? huh..lgu sdp..tp org nye..mff yes cik ct I lgsg xmnt u n I mmg xblh nk mnt u..daaa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge