Skandal badminton Olimpik 2012 telah memalukan dunia.

Lapan pemain badminton wanita telah dibatalkan penyertaan dalam termasya Olimpik kerana didakwa dengan mengatur perlawanan yang berlangsung semalam.

Ini didapati oleh Lembaga Displin Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) apabila mereka segaja kalah untuk mengatur perlawanan dengan lawan yang lemah di peringkat separuh akhir.

Pemain yang terbabit adalah dari negara China, Korea Selatan dan Indonesia. Keempat-empat pasangan negara ini telah didakwa tidak bermain dan telah memusnahkan semangat sukan Olimpik.

Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada penonton dan juga peminat badminton dunia dimana mereka telah mengejek malah turut menerima amaran dari pengadil perlawanan.

Lapan pemain ini telah layak untuk peringkat suku akhir walaupun tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Peminat sukan yang menyaksikan perlawanan ini semalam menyifatkan tragedi ini sebagai skandal yang memalukan sukan badminton dan Olimpik secara khusus.

Keputusan BWF ini telah menyebabkan pasangan nombor satu dunia dari China Wang Xiaoli dan Yu Yang disingkirkan dari menyertai pusingan seterusnya. hangat.my

Itulah padahnya, lain kali main secara semangat kesukanan. Jangan sampai jadi begini, satu pingat pun tak akan dapat. Huhu.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments