Home / Info / spesifikasi kereta proton preve

spesifikasi kereta proton preve

spesifikasi kereta proton preveSpesifikasi kereta Proton Preve. Seperti sedia maklum di artikel sebelum ini KLIK SINI, Proton Preve didatangkan tiga jenis iaitu 1.6 CTV premium, 1.6 executive cvt, 1.6 executive 5 (kelajuan manual).

 

Manakala harga untuk kereta Proton Preve adalah seperti berikut:

RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)

Jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan.

 

ruangan dalaman kereta proton preveVersi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan. Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium. Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu.

 

proton preve silverSPESIFIKASI PROTON PREVE

Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
Stering kuasa hidrolik
Brek ABS dengan EBD
Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown
Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km
Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)

 

proton preve premium

 

proton preve brown

 

interior proton preve

 

foto dalaman kereta proton preve

 

gambar dalaman kereta proton preve

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

3 comments

  1. uhhhhh…..jatoh cinta plak sy ngan proton preve nie……eeeeee….smlm mak tnya…lau daaa bekenan p order…ehehehehee…..

  2. baru nak beli mini copper dgn evo 10…dah proton keluarkan yang bru plak..penin2..hurm..

  3. Mhd ShAfizul Efendy Jalil

    untung laaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge