Home / Cinta / Tanda-Tanda Kita Berada Di Hati Dia

Tanda-Tanda Kita Berada Di Hati Dia

 

Assalamualaikum buat pembaca nukilan Kasih Suci.

Ramai antara kita berasa was-was pada perasaan kekasih mereka. Ada yang curiga adakah benar si dia benar-benar cintakan kita atau sebaliknya. Adakah benar kita berada jauh dalam hati mereka? Jom kita semak adakah ciri-ciri tersebut pada si dia.

1. Kerap bersama-sama-Si dia sentiasa mahu kerap bersama-sama kita apabila ada waktu lapang. Mana mungkin dia mahu berjauhan kerana rindu kerap memburu dirinya apabila berjauhan. Itu tandanya dia amat memerlukan kehadiran kita.

2. Kerap menghubungi-Si dia akan kerap hubungi kita paling tidak sehari sekali walau sesibik mana dirinya. Kerana dia ingin mengetahui perkembangan diri kita atau keadaan kesihatan kita setiap hari. Nampak sangat kita amat penting pada diri dia kan?

3. Kerap melaporkan-Tanpa diminta dia dengan rela melaporkan apa saja yang dilakukannya tanpa kita bertanya. Dia dengan rela berkongsi cerita itu ini tentang dirinya kerana menganggap kita layak tahu apa saja yang dia lakukan.

4.Cemburu-Jika dia menunjukkan sedikit cemburu apabila kita berkata atau memandang wanita lain itu tandanya kita amat bermakna di hatinya

5.Menasihati-Apabila kita lalai atau silap dia kerap menasihati kita. Ketahuilah insan yang menyayangi kita akan prihatin akan kesilapan yang kita lakukan kerana ingin kita jadi insan yang baik dan berguna.

 

About Kasih Suci

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge