Jika korang mengalami salah satu daripada tanda-tanda dibawah, Kemungkinan besar korang sedang mengalami masalah hutang.
- Membuat bayaran minima bagi kad kredit
- Tidak mempunyai simpanan
- Berbelanja dengan menggunakan kad kredit sehingga mencecah had yang dibenarkan
- Mempunyai banyak kad kredit berbanding wang tunai di dalam dompet
- Mempunyai bil-bil lama yang masih belum dibayar
- Gagal mendapat pinjaman dari bank
- Selalu ‘off’ telefon bimbit (kadang-kadang langsung tak guna HP)
- Bayaran bulanan kereta selalu tertunggak
- Hari ni gaji esok dah pokai
- Malas kerja
- Mengalami gangguan dan tekanan hidup
- Pemarah dan panas baran
- Jarang keluar seolah-olah elakkan sesuatu (elak along la tu)
Sebab kenapa seseorang dibebani hutang yang terlalu tinggi (tidak semua)
- Suka berjudi
- Terlibat dengan penyalahgunaan Dadah
- Suka berjoli dan minum arak
- Suka berlagak dan tidak mahu didahului rakan mahupun jiran
- Suka berbelanja diluar kemampuan
- “Biar papa asal bergaya”
Comments
Powered by Facebook Comments

