Semalam Ammar ada menulis artikel yang bertajukThe Star Siar Gambar Artis Hina Islam dan ada yang mengeluarkan komen apabila Ammar mengupload gambar ini di facebook. Antara salah satu komen dari rakan facebook adalah berbunyi:

 

“Gambar ni dah edit, yang ni ori”. Pengomen itu sertakan link gambar Erykah Badu bertatoo tanpa kalimah Allah.

 

Dan ada komen yang berbunyi begini “NTAHLAH…TPI DI MJLAH COSMOPOLITAN… GMBAR NI YG SYA JMPA…MUNGKIN NK BURUKKN NAMA ERIKA ATAU PUN COSMOPOLITAN DAN MAJALAH LUAR NEGARA YG LAIN NK TUTP AIB”

 

Bagi mendapat pengesahan mengenai berita ini Ammar membuat tinjauan ke laman web rasmi Erykah Badu dan ternyata gambar tatoo kalimah Allah itu memang betul. Ada pihak yang mengedit gambar Erykah Badu daripada bertatoo kalimah Allah kepada tiada tatoo kalimah Allah. Tujuan itu adalah bagi mengelakkan kemarahan umat Islam. Dan pada masa yang sama bagi mempromosikan konsert yang akan diadakan oleh Erykah Badu di Kuala Lumpur pada 29 Februari 2012.

 

Sebagai umat Islam kita seharusnya menentang sehabis-habisan terhadap penghinaan ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan agama Islam kita juga perlu memboikot konsert yang bakal diadakan nanti. Tujuannya adalah bagi mengelakkan lagi berlaku penghinaan terhadap agama suci Islam.

 

Sedikit penjelasan mengenai gambar ini.

Laman web Erykah Badu KLIK SINI (Masih tertera gambar tatoo kalimah Allah semasa artikel ini ditulis)

Artikel sebelum ini. KLIK SINI

Comments

comments

Powered by Facebook Comments