Piring terbang UFO adalah di antara propaganda yang diadakan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Mereka mengatakan bahawa UFO merupakan alien dari planet lain. Sedangkan sebenarnya piring-piring terbang yang biasa ditemui di seluruh dunia itu adalah hak milik mereka sendiri.
Mereka telah mengaburi pandangan mata masyarakat dunia melalui filem-filem Hollywood dan berita-berita di media massa utama bagi menutupi fakta sebenar. Agenda UFO ini juga merupakan salah satu agenda untuk menguasai dunia melalui projek New World Order.
Berikut ini adalah beberapa teknologi antigraviti yang mungkin digunakan oleh mereka untuk mencipta piring terbang yang biasanya dikenali sebagai UFO (Unidentified Flying Object).
Searl Effect Large-Scale Antigravity
1) http://www.youtube.com/watch?v=xSvOX0gzZxQ&feature=player_embedded
2) http://www.youtube.com/watch?v=-PPvrrQIvFE&feature=player_embedded

Imej² di atas dirakam oleh BBC News sekitar tahun 1960an
John Searl (John Roy Robert Searl)
John Searl (John Roy Robert Searl)
Salah seorang yang paling terkenal dalam bidang antigraviti ialah John Searl (John Roy Robert Searl) yang juga digelar sebagai ‘Bapa antigraviti moden’. Beliau telah mencipta sebuah alat yang diberi nama Searl Effect Generator (SEG).
John Searl telah lahir pada 2 Mei 1932 di Wantage, Oxfordshire, England. Beliau mendakwa antara tahun 1946 dan 1956 beliau telahpun merekabentuk dan membina sebuah generator elektrik daripada jenis gerakan sistem berterusan terbuka yang dikenali sebagai Searl Effect Generator (SEG).
Beliau juga mendakwa telah membina sebuah mesin terbang yang didasari pada kesan anti-graviti yang beliau berikan namanya sebagai Inverse-G-Vehicle (IGV)
Di bawah ini adalah sebahagian video ceramahnya di IFNE Conference di Denver pada tahun 1994.
1) http://www.dailymotion.com/video/x6yqts_the-searl-effect-large-scale-antigr_news
2) http://www.searlsolution.com/index.html - Website John Searl
Hutchison Effect Antigravity
Sepertimana yang pernah diperjelaskan oleh John Hutchison, ‘Hutchison effect’ terjadi akibat daripada respons terhadap ketetapan ruangan waktu tertentu yang relatif dan berdaya rendah terhadap tenaga elektromagnetik. Paparan yang dihasilkan daripada kekuatan yang tidak normal boleh dinyatakan dalam pelbagai cara. Salah satu kesan ketaranya adalah melaui daya pengapungan (levitation) benda berat.
Pada tahun 1979, Hutchison mendakwa telah menemui sejumlah fenomena yang luar biasa ketika cuba untuk menduplikasi percubaan yang dilakukan oleh Nikola Tesla. Beliau merujuk kepada beberapa fenomena ini bersama-sama dengan nama “Hutchison Effect”, termasuk pengapungan objek berat, gabungan bahan berbeza seperti logam dan kayu, logam retak spontan, kehilangan sampel logam dan beberapa lagi.
Menurut Hutchison dan Kolonel John Alexander, saintis bahagian ketenteraan dari Amerika Syarikat telah bekerjasama dengannya bagi menjayakan projek berkenaan kerana ‘effect’ itu mempunyai potensi besar pada bahagian ketenteraan Amerika Syarikat.
Website John Hutchison di http://www.hutchisoneffect.ca/
Dan beberapa teknologi antigraviti lagi seperti De Aquino’s ELF (Extra Low Frequency) anti gravity, Mercury Plasma antigravity, Magnetic levitation (Gertsenshtein Effect antigravity) dan Einstein’s UFT (Unified Field Theory) Antigravity.
Teknologi-teknologi yang asalnya bertujuan untuk kebaikan yang dicetuskan oleh mereka-mereka yang berkemampuan mencipta teknologi seperti di atas tetapi kemudiannya telah diambil alih oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan peribadi mereka.
Penciptaan piring-piring terbang ini dikaitkan juga dengan NAZI di zaman Adolf Hitler dulu lagi, yang mana dikatakan saintis NAZI di Jerman lah yang mula-mula sekali mereka cipta piring-piring terbang UFO. Alat itu juga digelar sebagai ‘Nazi Bell‘ dan mereka mengkajinya daripada Einstein’s UFT (Unified Field Theory) iaitu sebuah teori daripada saintis paling terkenal iaitu Albert Einstein.

‘Nazi Bell’ itu dikatakan lebih rahsia daripada projek Nuklear NAZI. Nick Cook yang terkenal melalui novel ‘best selling’-nya iaitu The Hunt for Zero Point ketika membuat kajian telah mendapati bahawa sedikit maklumat tentang rekabentuk tertentu atau aplikasi alat Bell Nazi itu sebenarnya adalah sumber-sumber yang menunjukkan bahawa teknologi itu berkemampuan untuk mencipta pelbagai kesan yang mengejutkan pada objek di sisinya. Ia juga telah dispekulasikan bahawa alat Bell itu sebenarnya direka bentuk untuk digunakan bersama komponen ‘counter-rotating’ berkelajuan tinggi yang diisi bersama bahan khusus dan dijana dengan tenaga elektromagnetik untuk menginduksi kesan “torsion” dan bagi mengawal kesan graviti dan beberapa lagi aspek penting yang lainnya.
Yang hanya kelihatan sekarang adalah pelbagai teknik alternatif lain bagi tujuan mencipta piring terbang dan salah satu daripada apa yang telah dipaparkan di atas berkemungkinan besar adalah salah satu daripadanya atau mungkin juga mereka telah menggabungkan kesemua teknologi itu. Wallahu a’lam …….
Comments
Powered by Facebook Comments
