Home / Info / Tips Memutihkan Gigi

Tips Memutihkan Gigi

 

Hai semua..hari nie saya berkongsi dengan korang tips untuk memutihkan gigi.Entah kenapa tergerak hati nak kongsi tips nie..padahal gigi saya kelihatan kuning.Saya telah menjelajah ke semua blog untuk mencari tips.Cari punya cari jumpa lah tips nie.Apa lagi saya copy terus dari blog nie sebab tips yang dia bagi sangat berguna.Korang baca lah tips nie dan amalankan.
 
 Tips Memutihkan Gigi
1. Siwak (kayu sugi) – Tips memutihkan gigi dengan siwak
Siwak kebiasannya digunakan oleh orang Muslim di seluruh dunia yang bertujuan untuk membersihkan gigi sebagai persediaan solat. Ini bermakna umat Islam bersiwak sekurang-kurangnya 5 kali sehari sebelum solat. Penggunaan siwak sudah menjadi satu entiti umum di negara-negara Islam. Alasan umum penggunaan siwak oleh umat Islam dikaitkan dengan agama. Dimana budaya dan tradisi penggunaan siwak atau miswak telah lama terjadi di negara-negara muslim. Terdapat banyak kelebihan Miswak yang dijelaskan dalam Islam. Selain itu ada juga banyak kajian perubatan yang telah membuktikannya secara ilmiah. Antara kelebihan bersiwak ialah peranan siwak sebagai anti-karies (gigi berlubang).
2. Pasta Lemon dan garam – Tips memutihkan gigi dengan Jus Lemon
Buatlah pasta yang dihasilkan daripada beberapa titis jus lemon yang di campur dengan sedikit garam halus. Guna dan praktis ketika
anda mengosok gigi secara teratur. Dengan menggunakan pasta lemon boleh menghilangkan karat pada permukaan gigi.
3. Kulit Jeruk – Tips memutihkan gigi dengan kulit jeruk
Kulit jeruk mengandung unsur pemutih yang sangat lembut, yang dapat membantu menghilangkan kesan karat pada gigi anda tanpa membahayakan lapisan gusi gigi. Petuanya, gosokan bahagian dalam kulit jeruk ke gigi anda, tapi pastikan anda mengunakan kulit jeruk yang masih segar dan fresh.
4. Biji pinang – Petua memutihkan gigi dengan Biji Pinang
Terbukti bijih pinang juga sangat baik dan berkesan digunakan untuk memutihkan gigi, namun dalam penggunaanya terdapat cara-caranya yang tersendiri. Rujuk langkah-langkah di bawah ini tentang cara memutihkan gigi dengan Biji Pinang:
~ Ambil setangkal pinang, kemudian bakar bijinya hingga seperti arang.
~ Setelah itu haluskan arang yang dibakar tadi sehingga lembut.
~ Gosokkan ke gigi dengan sabut pinang atau menggunakan kain cotton.
~ Lakukan secara berterusan dan rutin 2 minggu sekali, supaya gigi tetap putih dan bersih.
 5. Daun Salam (Syzygium polyanthum) – Petua memutihkan gigi dengan menggunakan Daun Salam.
Memutihkan gigi dengan menggunakan daun salam adalah sangat mudah. Cara-caranya ialah ambil 6 lembar daun Salam dan jemurkan di bawah sinaran terik matahari (waktu tengahari), setelah kering remas hingga menjadi tepung. Tambahkan kulit jeruk (rujuk tips 3) dengan tepung. Cara menggunakannya pula hanya cukup gosokan campuran daun salam dengan kulit jeruk tersebut setiap hari supaya kesannya lebih maksima.
 
 
6. Strawberi – Cara Memutihkan Gigi dengan Strawberi
Strawberi dapat membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih cemerlang. Kenapa strawberi? Buah strawberi ni mengandungi asid yang bertindak sebagai khasiat pemutih gigi. Jadi selalu-selalulah mengkonsumsi buah ini secara utuh, bukan hanya vitamin saja yang berguna buat tubuh tapi gigi pun jadi putih bersih. Ikut langkah di bawah ini:
~ Ambil sebiji buah strawberi.
~ Kemudian, hancurkannya dengan jari anda (pastikan jari anda tu bersih tau).
~ Gosokkan buah strawberi yang telah dihancurkan pada gigi yang kekuningan.
~ Biarkan ia seketika dalam 2 minit.
~ Akhir sekali, bilas gigi anda dan seterusnya gosoklah gigi seperti biasa.
 
7. Arang Kayu – Cara Memutihkan Gigi dengan Arang Kayu
Sebenarnya penggunaan arang kayu juga sangat berkesan untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun arang kayu mengandungi bahan yang agak berbahaya kerana jika silap langkah ia dapat merosakkan email secara permanen dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh karena itu, Anda sebaiknya tidak mencobanya. Jika mahu mencuba, ikuti langkah ringkas ini: Tumbuk arang batu biar halus terus gok gigi anda mengunakan berus gigi. Arang batu dipercayai dapat menghapuskan bau mulut dan kesan kuning pada gigi.
 
sumber: pelikbinajaib via sumber

About Luna

3 comments

  1. NAPA PANJANG SANGAT TAK FAHAM AKU NAK MEMBACA NI ADUHAI MACAM KARANGAN JO.

  2. rlx jo

  3. tulis pon salah.hahaha! boleh caye ke.hahahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close