Penjagaan kuku adalah suatu yang amat penting terutama bagi kaum wanita. Menjaga kuku agar sentiasa sihat dan kelihatan cantik merupakan rutin harian kaum wanita kini. Sangat penting untuk mengambil tahu bagaimana menjaga kebersihan kuku.
Kuku yang lemah, kusam dan rapuh selalunya disebabkan oleh keturunan dan penyakit. Kuku haruslah sentiasa dijaga supaya bersih, kering dan pendek. Menyapu kuku de
ngan losyen atau minyak pelembab dapat menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.
Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun untuk tangan dan pastikan disetiap bahagian kuku terkena sabun untuk menghilangkan kuman. Kemudian, barulah dibilas bersih dengan air bersih. Elakkan dari memotong kuku terlalu pendek, mengorek cekam dan menggigit kuku kerana ianya memburukkan bentuk kuku anda.
Comments
Powered by Facebook Comments
