Tolong Ambil Beg Rakan, Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 3

gambar pelajar maut jatuh bangunan di putrajayaPagi tadi, seorang pelajar maut di SMK Presint 9 (2), Presint 9, Putrajaya selepas jatuh dari tingkat 3 bangunan. Difahamkan dalam kejadian jam 9.40 pagi tadi, mangsa, Azim Hakimi Bin Abu Shuja, pelajar tingkatan 3 Elit, SMK Presint 9 (2) maut terjatuh dari tingkat tiga selepas cuba mengambil beg rakannya.

Mangsa yang maut pada mulanya ingin menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya.

Bagaimanapun, mangsa yang difahamkan melompat untuk mengambil beg berkenaan tidak dapat mengimbangi diri lalu terjatuh.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Polis, Rosly Hassan, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

“Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Polis turut mengambil keterangan beberapa saksi (rakan mangsa) untuk membantu siasatan.pelajar jatuh bangunan sekolah di putrajayaGambar Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 3 di Putrajaya

Comments
  1. sabree hussin |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info