Home / Info / Tragedi 25 Februari 2012 – Matahari Terbit Dari Timur

Tragedi 25 Februari 2012 – Matahari Terbit Dari Timur

Hari ini, 25  Februari 2012. Matahari terbit lagi di sebelah timur. Apa ertinya? Ya! Dunia

belum kiamat.

 

Tepat 18 tahun lalu, matahari juga terbit dari arah timur. Dunia belum kiamat! Tapi, waktu

Subuh pagi itu bagaikan kiamat bagi lebih daripada 300 orang umat Islam di Masjid Ibrahimi

di Al-Khalil (Hebron), Palestin. Subuh itu, pagi 25 Februari 1994 bersamaan 15 Ramadhan

1414H, seorang pelampau Zionis-Yahudi rakyat Amerika telah melepaskan  tembakan

rambang terhadap jamaah umat Islam yang ketika itu berada di dalam sujud kedua (sujud

rakaat terakhir) di masjid tersebut.

 

Pengganas Zionis-Israel itu bernama Baruch Kappel Goldstein. Pada subuh pagi malang itu,

tiba-tiba sahaja Goldstein muncul di pintu masjid dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke

arah para jamaah. 29 orang umat Islam gugur syahid. Manakala lebih 300 orang yang lain

tercedera.

 

Siapakah Goldstein dan apakah yang terjadi kepadanya selepas serangan itu?

Goldtein adalah ekstremis Yahudi warga Amerika dari kumpulan radikal Kach. Dia tinggal di

Kampung Kiryat Arba (berhampiran Bandar Al-Khalil) dan bertugas sebagai seorang doctor.

Goldstein sangat memusuhi Islam dan bangsa Arab, serta pernah mendapat latihan

ketenteraan di beberapa kem latihan Zionis.

 

Selepas peristiwa pembunuhan yang dilakukannya pada 25 Februari 1994 itu, Goldstein

ditangkap dan  dibawa ke muka pengadilan. Namun, seperti sebuah konspirasi yang

memang telah dirancang, Goldstein dibebaskan kemudiannya apabila mahkamah ZionisYahudi  mengisytiharkannya sebagai tidak siuman. Goldstein hidup bebas  seperti biasa

(tidak gila)  selama  lebih  14 tahun  selepas itu, iaitu sehingga  akhirnya dibunuh pada 26

Oktober 2008.

 

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai  di Hebron  ini membuktikan dengan jelas tentang

sikap penipu, penindas dan kejam pihak Zionis-Yahudi. Peristiwa ini berlaku hanya selepas

lebih-kurang lima bulan Perjanjian Oslo ditandatangani. Perjanjian damai  yang lebih layak

digelar ‘Penipuan Oslo’ ini dibuat pada 13 September 1993, bertujuan semata-mata untuk

memaksa pengiktirafan dari negara-negara Arab tentang kewujudan sebuah negara Yahudi

di bumi Palestin.

 

Dalam perjanjian ini Rejim Zionis-Yahudi kononnya  ‘bermurah hati’ dengan menyerahkan

wilayah  Gaza dan Jericho kepada Palestin, sebagai tanda berterima kasih Zionis-Yahudi

terhadap pengiktirafan yang diberikan terhadap  negara Israel yang bebas dan merdeka.

Pada asalnya, Gaza adalah milik Mesir dan Jericho adalah milik Jordan. yang dirampas oleh

Zionis-Israel pada Jun 1967. Namun pada hakikatnya, kedua-dua wilayah itu sememangnya

kawasan ‘malang dan laknat’ yang tidak dikehendaki oleh Zionis-Yahudi! Ya! Di Jericho lah

Allah melaknat orang Yahudi lantaran sikap biadab dan keengganan mereka berjuang

membebaskan Baitul Maqdis (rujuk Surah Al-Maaidah, ayat 24 hingga 26) pada zaman Nabi

Musa a.s, iaitu tersesat di tengah-tengah padang pasir selama 40 tahun!.Sebalik, Hebron  (dan Baitul Maqdis)  diletakkan di dalam wilayah Israel. Maka, peristiwa

pembunuhan di Masjid Ibrahimi pada 25 Februari 1994 ini telah dianggap sebagai masalah

dalaman negara Israel dan seluruh dunia tidak berhad campur tangan.

Begitulah liciknya tipu-muslihat golongan Zionis-Yahudi ini. Setelah berbagai perjanjian

dengan Allah yang telah mereka ingkari, tidak menghairankan apabila mereka dengan

mudahnya  mengingkari pula perjanjian dengan  manusia (khususnya  umat Islam yang

sememangnya mereka benci dan musuhi).

 

Kini, telah 18 tahun  berlalunya  peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Al-Khalil.

Sejak itu, kezaliman yang berlaku tidak pernah terhenti, malah makin menjadi-jadi.

 

Justeru itu, ayuh umat Islam sekelian! Bangunlah membela tanah kita, Palestin yang

terjajah. Saudara-saudara kita di sana mempertaruh nyawa dan harta benda bagi pihak kita,

menentang segala bentuk kezaliman Zionis-Israel. Sebagai balasan, kita patut

mengorbankan pula segala apa yang ada dan termampu di pihak kita. Bantulah dengan

tenaga dan buah fikiran. Bantulah dengan wang ringgit dan harta-benda. Bantulah dengan

solat malam dan doa yang tiada putus-putus. Mudah-mudahan ianya akan menjadi jawapan

kita di hadapan Allah di akhirat kelak bahawa “aku telah menyumbang semampu mungkin

untuk membebaskan Palestin dari cengkaman tangan-tangan Zionis laknatullah!”.

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

6 comments

  1. subhanALLAH..semoga mereka yang mati syahid ditempatkan di tempat org2 yg beriman.amin…

  2. minta Boycot Israel Products xdpt semua.1 pon jd la.

  3. btl3..especially yg scra terang-terangan seperti starbucks,mcd..

  4. kalau seandainya negara negara islam bergabung………///? subkhanallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close