Home / Info / Tukang Rumah Nyaris Maut Di Setiu

Tukang Rumah Nyaris Maut Di Setiu

393134_454399734627711_2084880932_n

Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik, Besut, semalam. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada di kawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.

SETIU 25 Dis. – Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.

Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter. Saya cuba melintas laluan itu kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.

Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter,” katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian.

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

One comment

  1. Muhd Ryan Rizal Dutt

    haha :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge