MELISSA BRANDTS dan suaminya Jackson Brandts, dari Minneapolis, Minnesota, menetapkan waktu pada kamera untuk sebuah gambar romantis mereka berdua dengan latar belakang tasik menghijau. Sementelah menunggu saat-saat kamera secara automatik terklik mereka berdua, tiba-tiba seekor tupai nakal bergaya di depan kamera. Dan……klik! Tupai itu bergaya dengan comelnya di depan pasangan ini yg ketawa gelihati melihat gelegat si tupai.
Menurut Melissa Brandts, “Kami telah menyiapkan kamera di batuan dan semasa bersedia untuk mengambil gambar, tiba-tiba ada seekor tupai yang tertarik muncul dari dalam tanah dan semakin hairan dengan bunyi fokus lensa kamera yang berputar.” ujarnya.

Gambar diambil dengan latar belakang Tasik Minnewanka di Taman Negara Banff, Kanada. Kelihatan model yang berbulu dengan hidung hitam menonjol berdiri dan kini telah menjadi ‘bintang’ antarabangsa.

Ini kerana, wajah tupai itu terpampang di laman web National Geographic dalam saluran galeri gambar ‘Your Shot’.

Ada keterangan tentang gambar tersebut, “Ini adalah moment yang hanya sekali dalam seumur hidup. Ketika itu kami pun mentertawakan, makhluk kecil itu.”

[SUMBER]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments