ARSENE WENGER menegaskan Arsenal adalah kelab yang bercita-cita tinggi namun pada masa sama mengakui Robin van Persie mungkin akan dijual sebelum 18 Ogos depan.

Pengurus The Gunners itu sudah menyatakan kepada ketua eksekutif kelab, Ivan Gazidis yang dia mahu masa depan kaptennya itu diselesaikan pada masa mereka berdepan Sunderland untuk aksi sulung Liga Perdana Inggeris musim ini.

Wenger ternyata mahu mengelak situasi serupa musim lalu berulang yang melibatkan perpindahan lewat Samir Nasri dan Cesc Fabregas biarpun ketika ini tiada satu pun daripada tiga kelab – Manchester City, Manchester United atau Juventus menepati nilai £20 juta (RM98.4 juta) ditetapkan Arsenal untuk Van Persie.

“Van Persie seorang penyerang bertaraf dunia dan saya sentiasa menyokongnya. Dia berbaki kontrak semusim dan dikehendaki kelab-kelab lain. Tapi kami turut mahu dia kekal di sini.

“Bagaimanapun, kami akan melakukan keputusan terbaik untuk semua. Tarikh akhir perpindahan 31 Ogos tetapi kami sendiri sudah boleh tetapkan tarikh akhir sendiri lebih awal,” kata Wenger.

“Lagipun kami sudah membeli dua penyerang, Olivier Giroud dan Lukas Podolski.”

Van Persie, 28, tidak bersama Arsenal untuk jelajah pramusim ke Asia kerana kekal berlatih di London bersama-sama Podolski dan Giroud serta Per Mertesacker dan Laurent Koscielny yang terlibat dengan Euro 2012, bulan lalu.

Harap masa depan RVP akan cerah apabila berada dikelab baru nanti. Jangan tenggelam pulak!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments