video gol chelsea vs qpr 29 april 2012Video gol Chelsea VS Queen Park Rangers(QPR) 29 April 2012. Perlawanan Liga Perdana Inggeris atau EPL malam ini kelihatan sangat menarik dalam perlawanan Chelsea VS Queens Park Rangers(QPR). Dalam perlawanan Chelsea VS QPR sebentar tadi, pasukan Chelsea membelasah teruk pasukan QPR dengan keputusan penuh perlawanan 6-1.

 

Jika sebelum ini bisa penyerang Chelsea iaitu Fernando Torres mula kelihatan pada perlawanan Liga Juara-juara Eropah ketika menentang Barcelona, kini sekali lagi Torres menunjukkan bahawa dirinya masih lagi berbisa dalam perlawanan Chelsea VS QPR kali ini. Perlawanan kali ini melihat Fernando Torres mencipta hatrik dengan 3 gol.

 

Dalam perlawanan Chelsea VS QPR 29 April 2012, gol awal pada minit pertama disumbangkan oleh Daniel Sturridge, gol kedua pasukan Chelsea disumbangkan oleh John Terry pada minit ke 19.

 

Torres mula mencipta hatrik dengan menyumbangkan 3 gol pada minit ke-19, 25, 64 dan diikuti oleh Malouda pada minit ke-80. Pada minit ke-84 pasukan QPR mula menjaringkan gol pertama hasil jaringan Djibril Cissé namun pasukan itu gagal untuk mencapai kemenangan setelah ketinggalan 6-1 kepada Chelsea.

 

Berikut adalah video jaringan gol Chelsea VS QPR 29 April 2012:


C-Q footyroom.com by footyroom

Akhirnya Torres berjaya membuktikan kepada semua orang mengapakah harga perpindahannya ke Chelsea bernilai 50 Juta.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments