Indah sungguh kejadian yang berlaku di Pulau Vaadhoo, Maldives ini.
Ia terjadi apabila terdapat sekumpulan plankton bertindak balas dengan oksigen di dalam air laut lalu menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.
Fenemona semulajadi ini digelar ‘bio-luminescence’ yang amat jarang dapat dilihat.
Jurugambar, Doug Perrine amat bertuah kerana dapat menangkap kejadian menakjubkan ini semasa dia sedang berjalan pada waktu malam.
Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan.
“Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat,” katanya.
Sementara itu, seorang pakar, Peter Frank menjelaskan, di dalam kandungan ombak tersebut tedapat mikroorganisma marin yang hidup dipanggil fitoplankton.
“Saluran khas dalam membran sel mikroorganisma itu akan bertindak balas dengan isyarat elektrik yang menawarkan satu mekanisme yang berpotensi untuk menghasilkan cahaya,” ujarnya.
Kejadian ini turut pernah berlaku di beberapa buah pantai lain. Saksikan video ini.
Link Video —>> Video Air Laut Bercahaya
Comments
Powered by Facebook Comments

![[Video] Luar biasa! Air Laut Bercahaya](http://www.blogammar.com/wp-content/uploads/2012/10/air-laut-bercahaya.jpg)