Home / Isu Semasa / Wardina Saffiyah Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal

Wardina Saffiyah Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal

wardina dan ustaz don daniyal

Wardina Saffiyah Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal.

Hangat diperkatakan di laman sosial facebook, Wardina Safiyyah iaitu pengacara terkenal tanah air memberikan pandangan dan komen kepada penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal. Wardina Safiyyah dalam statusnya di facebook menegur apa yang disampaikan oleh Ustaz Don dalam ceramahnya sebelum ini.

Menurut pengacara itu, Ustaz Don Daniyal menggunakan bukti dan rujukan yang tidak sahih dalam beberapa ceramah yang disampaikan sebelum ini. Selain itu, beliau menyeru kepada ulamak, ustaz, mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Ustaz Don Daniyal.

Dalam statusnya di facebook itu, Wardina turut berkongsi video Ustaz Don yang dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun facebook bernama Nur Puteri Dayana. Video yang dikongsi itu bertajuk Kompilasi Hadis Palsu & Penyelewengan Don Daniyal. Video itu telah menjadi viral di facebook setelah diuploadkan beberapa jam yang lepas.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna facebook sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka itu.

Maklumat lanjut mengenai isu ini belum lagi diketahui. Diharap para alim ulamak, mufti dan ustaz dapat menjelaskan kekeliruan yang berlaku ini. Jika betul Ustaz Don salah dalam menyebarkan perkara itu diharap beliau memperbetulkan kesalah itu.

wardina kecam ceramah ustaz don

Berikut adalah video yang dikongsi oleh Wardina Safiyyah.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

4 comments

  1. Ustaz Don pula jadi bahan serangan sekarang…kesian kan!
    Mohd Shubhi recently posted…Ustaz Don Daniel jadi bahan seranganMy Profile

  2. Risau kan kalau tersilap fakta yang disampaikan.
    Sebab Ustaz Don antara yang menjadi ikutan.
    Myra Jay recently posted…Kalah orang ngidamMy Profile

  3. risau juga dengan perkembangan sebegini…kita yang cetek ilmu susah nak menilai
    mrhanafi recently posted…Rahsia Pemikiran Kreatif Yang HebatMy Profile

  4. Aku yang kurang ilmu tak boleh nakkomen cuma tunggu dan lihat…
    Tapi rasanya Wardina tak patut post kat facebook.
    fazrol recently posted…Komen Hukum Hudud oleh Tun Dr MahathirMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close