Home / Info / Wow! Guli Yang Berharga RM40,000!

Wow! Guli Yang Berharga RM40,000!

Adakah anda hanya berfikir guli adalah mainan untuk kanak-kanak? Walaupun sfera kecil yang bergolek laju ini telah menjadi mainan popular sejak beribu tahun dahulu, tetapi hari ini pengumpul guli bersedia untuk meletakkan harga baru bagi barang yang pada kebiasaanya adalah murah.

 

 Wow! Guli Yang Berharga RM40,000!

Apakah yang membezakan guli biasa yang tidak berharga dengan guli yang berharga? Pada kebiasaannya, sesuatu yang menjadi koleksi seseorang adalah seperti kombinasi keadaan, sesuatu yang unik, permintaan tinggi, dan sesuatu yang bercorak. Akan tetapi terdapat lima kelas menonjol yang konsisten mampu menarik peminat guli sehingga memcecah ribuan ringgit.

Guli Sulfida (Theodore Roosevelt)

Harga yang paling mahal adalah salah satu dari jenis guli yang unik ini. Tidak ada yang lebih baik bagi penggemar atau pengumpul guli dari berhentinya pengeluaran guli dan tiada siapa yang akan berpaling dari guli jernih yang paling digemari sejak seabad lalu. Dengan permukaan yang licin dan mengandungi sedikit kandungan porselin yang biasanya berwarna putih. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah daripadanya diwarnai dengan gambar binatang, gambar mistik, bangunan terkenal dan sebagainya. Di antara koleksi guli yang berkeadaan baik sebagai contoh corak arca dengan mudah boleh mencecah harga sekitar RM 4,000. Sebanyak 1900 guli Theodore Roosevelt, yang baru-baru ini dijual pada harga lelong RM 18,000 sebiji.

Guli German Swirls

German swirls adalah guli kaca dengan corak berpintal terletak di tengah-tengah guli buatan tangan di Jerman sekitar tahun 1850 ke tahun 1930. Semakin besar saiz guli, semakin mahal harganya. Dengan harga bermula RM40 – RM80 untuk bersaiz berukuran 16mm hingga ke ribuan ringgit bergantung kepada kehalusan corak German Swirls.

Guli Agate

Guli kaca ini lebih cenderung menjadi bahan yang paling dicari bagi pengumpul guli, Agate adalah daripada berbagai kuarza dan mempunyai peminat tersendiri. Pada dasarnya, ia menjadi popular di kalangan pemain guli disebabkan oleh sifatnya yang berat dan keras menjadikan ia sebagai kombinasi yang paling sesuai semasa permainan.

Di Jerman dan Amerika Syarikat terutamanya, proses pembuatan guli ini adalah menggunakan buruh dan sangat berbahaya kerana debu halus yang dihasilkan oleh mesin pengisar yang dihasilkan mudah menyebabkan batuk kering, dan banyak juga yang mati muda akibatnya. Ini menjadikan ianya mahal untuk dan mia kekal berharga sehingga ke hari ini. Dengan kualiti yang baik, mampu mencecah sehingga RM 800 sebiji.

Guli Lutz

Dicirikan oleh pintalan berkilat kristal logam emas, guli Lutz mengambil nama dari warga Perancis, Nicholas Lutz, yang bekerja di syarikat kaca di Sandwich, Massachusetts, dan merintis penggunaan “Goldstone” (tembaga aventurine, satu bentuk galas kacatembaga kristal kecil) dalam banyak hasil kerja beliau.

Lutz mungkin tidak pernah membuat guli sendiri, tetapi selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1906 idea-idea itu telah diguna pakai oleh banyak kilang-kilang Eropah, dan untuk tempoh yang singkat di awal abad ke-20, glitzy “guli Lutz banyak dan murah. Disebabkan Perang Dunia I, hari ini guli Lutz menjadi sukar didapati sehinggakan Lutz biasa bernilai sekitar RM 400, manakala bagi saiz yang lebih besar dan corak yang rumit dengan mudah mencecah sehingga empat angka.

Guli China

Nama “China” itu adalah jenis seramik, bukan nama negara. Di Eropah, penciptaan guli bermula dari porselin sekitar awal abad ke-19. Ia dicat dengan tangan dan dengan suhu tinggi.

Pereka menyediakan pelbagai corak, termasuk dicat dalam bentuk bunga, geometri, dan bullseyes, tetapi paling dicari-cari yang dikenali sebagai “scenic” chinas, yang digambarkan suasana pastoral di sekitar khatulistiwa marmar dan mempunyai corak roda pin di kedua-dua hujung. Walau bagaimanapun, hanya satu pastorals sahaja yang masih tinggal, dan guli yang baik boleh mencecah sehingga RM 40,000!

-Majalahbiarbetul.blogspot.com

Sumber 

About Luna

4 comments

  1. AwekSamurai Shimuler

    jom main guli.

  2. Gilo palo…mahal pow bedil guli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close