BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat Da’i Wan TERSENTAP!

ammar

Da'i Wan-dikritik-surat-cinta-uqasha

Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat Da’i Wan TERSENTAP!

Tindakan Da’i Wan menulis ‘coretan cinta‘ kepada Uqasha Senrose berikutan isu kembali membuka tudung membawa kritikan hebat netizen pada dirinya. Kali ini giliran netizen pula mengajurkan surat terbuka buat Da’i Wan yang dilihat hanya mencemarkan imej sebagai seorang pendakwah.

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.

Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da’i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Mesej dakwah tak sampai

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.

Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.

Menyeru netizen untuk viralkan

Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari’at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.

Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.

ARTIKEL LAIN  Penyokong PH Minta Agong Berhenti Ganggu Kerajaan Lantik Peguam Negara
Matlamat tak halalkan cara

Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da’i.

Mohon delete surat cinta tersebut

Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.
Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.

#talbisiblis
#daimilenia

Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • mood republik
    Mood Republik Festival No.1 Paling Biadap di …
    June 20, 2017 0
  • Acap header
    Sukarelawan Ini Beri Bayangan Acap Sebenarnya Tak …
    April 9, 2019 0
  • orang kelantan
    Lelaki di Kelantan dan Terengganu Paling Pendek …
    February 27, 2019 0
  • timthumb
    Cara Solat Dhuha, Doa Dhuha Rumi dan …
    October 31, 2022 0
  • gadis dipeluk
    Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Penyanyi KPOP
    April 29, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)