BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Peminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta dan Rumah

ammar

Peminjam PTPTNPeminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta dan Rumah

Sungguh perit untuk ditelan tetapi itulah hakikat sebenar yang terpaksa diterima oleh sebahagian peminjam PTPTN.

Peminjam yang gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kenderaan atau hartanah.

Hal ini demikian kerana nama peminjam dimasukkan ke dalam pangkalan data berkomputer CCRIS untuk disenaraihitamkan.

Malah, tindakan itu turut dikenakan kepada peminjam yang tidak konsisten dalam membuat pembayaran balik pinjaman.

Perkara itu disahkan oleh oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid apabila memberitahu, langkah itu diambil ekoran kadar pembayaran semula pinjaman yang diterima PTPTN amat rendah pada Februari.

“Kami memerlukan mereka untuk membuat pembayaran balik secara konsisten kerana kami hanya berjaya mengutip RM7.5 bilion dari RM15.8 bilion.

“Kita memerlukan RM5 bilion setiap tahun untuk membiayai pelajar untuk pengajian tinggi mereka,” katanya lapor The Sun.

Perkara tersebut turut diakui jurujual Proton dan Perodua apabila memberitahu, jualan kenderaan mereka turut terjejas selepas banyak permohonan pinjaman ditolak oleh pihak bank, meskipun jenama kenderaan itu sentiasa menjadi pilihan utama graduan.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberikan respon, rekod pembayaran balik yang lemah dari pinjaman sebelum akan memberikan implikasi buruk kepada permohonan baru.

BERDOSA BESAR TIDAK BAYAR HUTANG

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   

ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   

ARTIKEL LAIN  mySALAM 2023 Cara Permohonan Tuntutan Penyakit Kritikal dan Hospitalisasi

iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   

iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    kena beringat la kan kalau dah berhutang tu

    February 16, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • sm salim
    Amanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia …
    December 29, 2016 1
  • 296048369 5633694996649971 1699662502501861420 n
    APDM Login: Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan …
    November 16, 2022 0
  • maksud2520jusa2520dan2520gred2520gaji
    Inilah Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) …
    January 9, 2018 9
  • manusia durjana ini
    Jangan Percaya Tabung Derma Kilat. Manusia Durjana …
    September 15, 2017 0
  • pure white background 85a2a7fd 2
    Senarai Pangkat Polis PDRM Dan Senarai Tugas …
    November 23, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)