BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Imam Masjid Negara Dilempang Ketika Solat Jumaat

ammar

imam masjid negara dilempang ketika solat jumaat.pngImam Masjid Negara Dilempang Ketika Solat Jumaat

Kurang ajar! Imam Masjid Negara tiba-tiba ditampar oleh seorang lelaki ketika sedang menjadi imam solat jumaat pada hari ini. Individu yang menampar imam berkenaan kini ditahan di pondok pengawal masjid sementara menunggu ketibaan pihak polis.

Salah seorang pengguna media sosial Facebook yang kebetulan berada di Masjid ketika itu mengatakan:

Rasa teruja apabila imam solat Jumaat di Masjid Negara baca permulaan surah Al Ankabut yang sudah dihafal.
Bila imam masuk ayat kelima, suaranya hilang. Bunyi mic jatuh ke atas karpet.
Diam. Lama.
Saya dan makmum lain di bahagian luar setia menantikan ‘Allahu Akbar’ agar kami boleh turut rukuk.
Tiba-tiba, “Diammmm! Arghhh!”
Suara pergelutan sipi-sipi tiba di telinga.
Apa yang berlaku? Imam diserangkah? Kes seperti Umar Al-Khattabkah?
Tapi kami masih setia berdiri. Cuba untuk khusyuk.
Hinggalah pengumuman memenuhi ruangan masjid: “Solat semula.”
Kelihatan di hadapan sana, sekumpulan manusia cuba membawa seseorang pergi daripada ruangan solat. Orang itu masih terjerit-jeritkan sesuatu.
“Allahu Akbar.”
Kami angkat takbir buat kali kedua.
…
Saya tak nyatakan ini adalah apa yang sebenarnya. Saya solat di bahagian luar masjid dan ini adalah apa yang saya faham. Jika saya tersilap, maafkan saya.
Saya pun nak tahu kisah sebenar.
Saksi mengatakan lelaki arab ini yang telah menampar imam. Sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.
ARTIKEL LAIN  Mood Republik Festival No.1 Paling Biadap di Malaysia - Saiful Nang
Prev Article
Next Article

One Response

  1. zik

    sabor jerla.. lepas nih kena hati2 .. kita nih pun jahil …ada hikmahnya berlaku jadi macam ini..

    September 20, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Luahan Janda, Sudah Ditinggal Suami Baru Pandai Melawa
    Luahan Janda: Masa Ada Suami Macam Mayat …
    August 23, 2016 0
  • sungai klang
    Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang
    March 14, 2019 0
  • wajah lelaki jadi rebutan wanita buli
    Patutlah… Inilah Rupa Sebenar Lelaki Yang Menjadi …
    July 31, 2017 0
  • rohingya
    “Dalla” Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya …
    April 23, 2020 0
  • ayana gadis korea viral di facebook.jpg
    Gambar Gadis Korea Bertudung Jadi Viral
    November 16, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)