BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

PU Abu Tidak Akan Memberi Kenyataan Sehingga Arahan Dari Ayah

ammar

Setelah kisah rumah tangga Pencetus Ummah(PU) Abu Sufyan menjadi viral di media sosial baru-baru ini, akhirnya beliau berjaya dijejak oleh wartawan mStar yang menunggunya di KLIA.

Ketika ditemui wartawan sebaik tibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada pagi rabu, PU Abu kelihatan terkejut.

Pada pertemuan itu PU Abu tetap memberikan kerjasama dan menjawab persoalan dengan tenang.

“Awak tengok macam mana saya sekarang, inilah diri saya. Tak nampak pun saya sugul.

“Maknanya tak adalah saya pulang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering atau tak makan ke,” – PU Abu.

Dia terpaksa akur nasihat daripada ayahnya, Mokhtar Rozaidi supaya tidak memberi apa-apa kenyataan susulan sehingga arahan daripada ayahnya.

PU Abu mendakwa cerita yang diketahui umum hanyalah sebahagian daripada kisah yang sebenar dan cerita sebenar kemelut yang berlaku hanyalah diketahui oleh keluarga ketiga-tiga pihak iaitu, Ain Afini, Hana Azraa dan ibu bapanya sendiri.

PU Abu mendedahkan dia tak akan memberi apa-apa kenyataan walau apa pun paksaan atau desakan dia tetap tidak membuka buka mulut.

Bukan itu sahaja, PU Abu teragak-agak untuk menjawab soalan media apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana ketika ini kerana dakwaan sebelum ini mereka sudah bernikah.

“Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media.

“Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya,” – PU Abu.

Terdahulu, kontroversi mengenai rumah tangga PU Abu viral di media sosial ketika beliau berada di tanah suci untuk mengikuti rombongan umrah.

ARTIKEL LAIN  Maaf, Tiada Lagi Air Percuma Buat Semua Penduduk Selangor
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • suami2520saman2520isteri2520kerana2520anak2520hodoh2520sangat
    Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana …
    October 13, 2015 1
  • Siti Noor Aishah Atam
    Kisah Sedih “Ulat Buku” Ini Ditahan Miliki …
    March 30, 2017 0
  • baby adam
    Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya …
    July 4, 2018 0
  • Safiey Ilias Jutawan Kosmetik.png
    Alhamdulillah… Jutawan Komestik Terkenal Ini Kini Peroleh …
    April 16, 2016 5
  • iman
    Masih Ingat Kisah Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu …
    October 14, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)