Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Makkah

Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke MakkahArab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Makkah

Agak mengejutkan dengan berita sebutir peluru berpandu disasarkan ke Kota Suci, Makkah. Berita mengenai serang peluru berpandu ini disiarkan di TV3 2 hari lepas.

Namun, tentera gabungan Arab Saudi telah berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dipercayai telah dilancarkan oleh  pemberontak Houthi ke arah kota suci Makah.

Memetik laporan Saudi Press Agency, peluru berpandu berkenaan telah berjaya dipintas kira-kira 65 kilometer dari Makkah dimana ia telah ditembak dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi.

Susulan dengan itu, pihak tentera Arab Saudi terus melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

“Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan.”

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu,” kata tentera gabungan dalam satu kenyataan.

Pemberontak Houthi mengaku telah melancarkan sebuah peluru berpandu dengan menyasarkan lapangan antarabangsa Jeddah.

Dengan kuasa Allah, akhirnya tindakan jahat pihak pemberontak ini telah berjaya dielakkan.

Mereka menyangka kaabah semudah itu untuk mereka hancur kan. Namun, Allah maha bijaksana. Tentera Allah dan para malaikat akan memelihara ka’abah al musyarrafah. Sama-sama kita doakan keselamatan bumi suci, kiblat orang muslim ini.

Di bawah ini beberapa video yang menunjukkan saat peluru berpandu yang berjaya dipintas dengan peluru berpandu Patriot oleh tentera gabungan Arab Saudi.


Close

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

PRchecker.info