BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Berkhatan Bayi Perempuan Satu Penghormatan Atau Kezaliman?

ammar March 13, 2016

Berkhatan/khitan atau bersunat bagi perempuan menjadi perdebatan dan ulamak berselisihan pendapat mengenai hal ini.

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah:

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya: Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulamak dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik.

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Rasulullah Berkhatan: Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Ikuti penerangan ringkas mengenai khitan bayi perempuan oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam video di bawah ini:

Berkhatan Bayi Perempuan Satu Penghormatan Atau Kezaliman?

Ikuti perkongsian daripada blog Dr.Zubaidi ini…

Baru-baru ini saya ditanya seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak(bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami.

“Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?”

 Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”.

 “Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!”

Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu.

Satu Hadis bermaksud:

Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ( Riwayat Muslim).

Namun, hadis itu tidak memberi pengkhususan sama ada untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan.

“Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi berpendapat hadis yang mewajibkan khatan bagi wanita adalah lemah. Justeru khatan adalah wajib bagi lelaki saja dan harus bagi wanita. Malah khatan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat dan tidak digalakkan jika ia merosakkan wanita,”.

Namun di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 dan 23 April 2009 memutuskan hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Bagaimanapun, sekiranya proses ini boleh membawa kemudaratan pada diri, ia perlu dielakkan.

Satu Penderaan Atau Perhomatan?

” Di dalam Islam ada menyatakan berkhatan akan menceriakan wajah (bagi gadis) dan disukai suami. Ini membawa maksud Islam amat sensitif dan prihatin kepada keperluan naluri wanita.

Jika keperluan s3ksnya dapat dipenuhi suami, ini akan menyumbang ke arah pembersihan jiwa wanita.

“Ini kerana, membuang kulit yang menutupi klitoris akan menyebabkan seseorang wanita itu mudah mendapat klimaks ketika bersama suami. Klitoris yang terdedah mudah untuk dirangsangkan berbanding jika tidak dikhatan kerana kulit prepuce yang menutupi klitorisnya,”.

Inilah keadilan dalam Islam kerana memberikan isteri berasakan kepuasan s3ksual ketika bersama dan bukan hanya kepuasan suami saja.

“Namun, jika ada remaja wanita mudah diperdaya teman lelakinya, pada saya isu utamanya ialah kelemahan iman. Duduk berdua-duaan semestinya mengundang zina, bukannya masalah gadis itu sudah disunatkan atau belum,”.

Prev Article
Next Article

3 Comments

  1. titan

    khatankan aje.

    bukan satu masalah besar aje pun.

    March 14, 2016
  2. Raihanah Ahmad

    nice info tuan. thanks

    March 15, 2016
  3. sabree hussin

    Ya, jelas sekarang. 😀 baik khatankan je

    March 15, 2016

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Mata Nyaris Buta Gara-gara Pakai Contact Lens
    Kerana Mahu Cantik, Mata Nyaris Buta Gara-gara …
    April 25, 2017 1
  • bahaya minum air kelapa muda e1438996818502
    Ini Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda …
    June 9, 2015 1
  • bahaya makan jering
    Bahaya Makan Jering Yang Ramai Tidak Tahu
    September 11, 2017 0
  • https://www.blogammar.com/wp-content/uploads/2015/06/minuman-menakjubkan-cairkan-lemak-masa-4.jpg
    Inilah Minuman Menakjubkan Untuk Cairkan Lemak Dalam …
    June 1, 2015 1
  • petua hilangkan kahak dengan mudah
    Petua Hilangkan Kahak Dengan Berkesan
    May 30, 2016 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)