Jika pelakon wanita dari Malaysia kita sudah ada Dato Michelle Yeoh, yang terkenal dan seringkali menjadi pelakon utama dalam filem Hollywood.
Namun, tahukah anda di Malaysia juga ada seorang perisik wanita yang tidak kurang juga hebatnya?
Dia adalah Supritendan (B) Blossom Wong Kooi Fong. Tidak ramai yang tahu kisah wanita berani ini sehinggalah tujuh tahun lepas fotonya mengiringi adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy sewaktu melawat Malaysa sekitar tahun 60-an, menjadi viral di Internet Amerika Syarikat.

Beliau yang kini berusia dalam 80 tahun, menyertai pasukan polis beberapa bulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
Dia juga pernah di temu ramah oleh akhbar Sunday Times. Selepas tamat latihan, Blossom ditugaskan sebagal Inspektor dalam Cawangan Khas(SB) dan tugas utama Blossom adalah melakukan penyamaran bagi mendapatkan maklumat pergerakan komunis.

Empat tahun kemudian, dia diarahkan ke Perak dan diarahkan menjaga lima buah balai polis. Blossom Wong mendirikan rumah tangga pada tahun 1962 dan dia ditukarkan ke Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Ketika inilah dia sering diberi tanggungjawab untuk mengiringi keselamatan ramai VVIP dan tetamu kenamaan negara, antaranya isteri Presiden Korea Selatan, Park Chung-Hee, Perdana Menteri Jepun, Eisaku Sato, Kennedy dan ramai lagi.
Pada tahun 1966, dia ditukarkan sebagal pegawai penyiasat Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat di Kuala Lumpur.

Blossom terus mengganas apabila sering terlibat dalam penyamaran dan operasi membanteras kegiatan haram di ibu negara sehingga dia dilantik untuk mengetuai Bahaglan Keganasan Seksu@l, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Buklt Aman sebelum bersara pada tahun 1993.

Sebenarnya watak perisik hebat seperti di dalam filem Hollywood juga wujud di negara kita Malaysia ini. Namun, tidak ramai yang tahu kisah disebalik kehebatan perisik dari Malaysia ini.
Kalaulah kisah perisik hebat ini difilemkan di Malaysia…. Filem James Bond 007 juga mungkin boleh dikalahkan. Tidak ada yang mustahil!
