Solat Sunat Istikharah. Solat Sunat ini adalah satu solat sunat yang dilakukan bagi mendapat petunjuk daripada-Nya mengenai sesuatu perkara yang diragui. Ianya dilakukan bagi mendapat jawapan atas persoalan yang bermain di minda seorang Muslim. Disaat mereka mempunyai dua pilihan iaitu pilihan A dan pilihan B. Oleh itu, solat sunat ini dapat membantu seseorang Muslim itu mendapat jawapan pasti atas persoalan antara dua pilihan itu.
Memilihan pilihan pertama dan harus melepaskan pilihan kedua. Itulah kehidupan di dunia ini, manusia sering diberi pilihan. Di dalam kita memilih pilihan yang diberi adakah pilihan kita itu tepat atau sebaliknya?
Solat Sunat Istikharah merupakan langkah yang terbaik bagi mendapat jawapan di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim. Ini dapat membantu seseorang Muslim untuk membuat pilihan tepat.
Dengan solat sunat ini Insyaallah kita akan diberi petunjuk oleh-Nya untuk memilih pilihan yang paling terbaik.
Bagaimanakah cara untuk menunaikan Solat Sunat Istikharah?

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah:
Lafaz niat
Pertama sekali untuk solat adalah lafaz niat. Lafaz niat adalah “Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”.
(Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala)
Rakaat pertama:
Seterusnya baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.
Rakaat kedua:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas.
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa Solat Sunat Istikharah(Rumi)
- Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
- Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Maksudnya:
- “Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
- Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
- Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
*Waktu yang terbaik untuk Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam(sekitar 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas solat Maghrib.
Kesimpulannya, solat sunat istikharah adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut bagi membantu seseorang muslim dalam membuat sesuatu keputusan di dalam hidup. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan solat sunat Istikharah dengan betul.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai artikel ini teruskan menulis komen di ruangan komen di bawah ini. Sertakan komen dengan email dan nama penuh.
Adakah artikel ini membantu? Kongsikan artikel ini jika ianya membantu anda dan rakan-rakan.
eiya
saya ingt brtnya.. sy telh melakukn slt istkrah iaitu mgenai plhan jdoh slma 3 mlm.
dah hslny sy brasa tenang bla mengingati si dia tetapi kami tdk lagi mghbgi antra stu sma laen.
adakah ini ptunjuk y kmi tiada jdoh krna tdk lg brhubgn…
mhon kngsi pndpat.
ajiezz
Mungkin jodoh awk dengan saya wahai eisya
insan keliru
Saya dan bekas kekasih telah buat solat istikharah, saya tak dapat petunjuk dan dia dapat. Tapi dalam mimpinya wanita lain yang muncul. Walaupun saya tahu bukan sayalah wanita dalam mimpinya, saya selalu buat solat hajat agar jodohnya dipertemukan dgn saya, dan jika sebaliknya saya mohon agar Allah relakan hati saya atas ketentuannya. Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya saya solat hajat untuk berjodoh denganya sedangkan saya tahu bukan saya wanita dalam mimpinya. Adakah saya dianggap sebagai melawan takdir Allah dengan melakukan doa yang seolah2 memaksa Allah untuk menentukan jodoh saya? Tapi ne adalah usaha saya selagi tidak dipertemukan dgn org yg tepat dan dalam masa yg sama saya tetap minta Allah merelakan hati saya sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk saya.
HAFIZAH
Tidak berdosa. Hukumnya jadi haram apabila awak minta pertolongan daripada yang lain e.g ilmu sihir. Allah juga sudah memberitahu kita bahawa doa boleh mengubah takdir seseorang. Selagi awak tidak meminta dengan yang lain selain Allah dan buruk sangka dengan Allah disebabkan mimpi yang diterimanya dan juga tidak bersedih berlebih lebihan, usaha awak dalam melakukan solat hajat itu tidak berdosa. Dan tiada istillah ‘memaksa’ allah untuk mendapatkan sesuatu keinginan kerana hanya Dia yang berkuasa dan hanya pada Dia sahaja tempat kita bergantung
farahtembun5
saya ada pilihan sediri, tetapi keluarga menentang, mereka suruh saya bersama pilihan mereka. tapi hati saya pada pilihan saya. wajar ke saya menunaikan solat istikarah ni. sebabkan itu saya keliru. sama ada untuk korbankan hati dan perasaan sendiri atau terus bersama pilihan hati saya
hafizah
ye, wajar. carilah petunjuk dan beritahu kepada kedua ibu bapa awak
ameera_huzaimie
Saya keliru dgn kehadiran ex-bf sy… Seolah2 ingin peluang utk hubungan kami…n saye keliru dgn keputusan keluarga yg ingin saya berhenti hubungi ex-bf saya… Adakah saya perlu lakukan solat istikharah… Saya ingin sesuatu yg tenang…
aieynaieynza
assalamualaikum. saya ingin bertanya ,jika saya tidak pandai membaca doa solat istikharah dalam bahasa jawi tetapi saya hanya membaca maksud doa tersebut , adakah solat saya sah ? mohon penjelasan
hafizah
doa solat istikharah itu dibaca selepas memberi salam jadi walaupun awak baca dalam bahasa rumi, solat awak tetap sah.
Normawati binti ibrahim
Sy dh bkhwin n mempunyai 2org ank..tp ht sy xpernah tenang stlh mgthui khdiran org k 3 dlm hdup suami..ble sy btanya suami hya mnyatakn si dia adlh rkan bisnes..,tp ht ini dpt mrasakn ada sesuatu yg dirahsiakn..si dia slalu berhubung dgn suami sy..bleh kh sy mbuat solat sunat istiqarah agar allah dpt memberi ptunjuk diatas smue ni..
Jameah harun
Lakukanlh istkharah utk mndpt jwpn yg sbnar dr allah…
mysterious girl
assalamualaikum..sy skrg mahu hubungan sy dgn bf sy makin serius..kami skrg tngah plannning utk hubungan yg lebih serius..baru2 ini, ex bf sy dtg dan mencari sy…dia sedar akn kesilapannya yg lalu..sy tidak layan..sbb nk jaga hati bf sy..hati sy xtenang bila pikir sume nie..mmg xnk pikir..tp mmg akn trpkir jgk..hmm..perlu ke sy bt solat istikharah utk mendapat petunjuk..??
Jameah harun
Perlu.apapun keraguan,blh melakukan istkharah
taurus85
Sy dan bf sy berkawan dah 3 tahun tetapi sejak akhir2 ini, hubungan kami goyah sikit. Mohon penjelasan dari kamu semua… bulehkah sy mlakukan sunat istikarah dlm 5 kali sehari? Sebab sebelum ni… sy rasa tak ada tanda2 lg Allah bgi pada sy. Sy dh buat 3mlm berturut2 sblum ni.
Azrin
wt solat isthikarah sekerap yang mungkin supaya dapat petunjuk dr Allah swt.bukan hanya 3mlm..
Jameah harun
Istikharah blh dibuat brp byk kli dlm sehari…tp wktu terbaik 2/3mlm..jwpn diberi tk semesti dlm mimpi,melalui perasaan dan emosi juga…biasanya klu berjodoh hati akn kuat dan tenang..tp bergantung juga pd apa yg kita mnta….
shazx
Asalammualikum say ingin bntnya nie.. Perlu ka sy but solat isthikhrah kerana sy ingin kmbli kpda ex bf sy dn dlm msa yg sma ex bf sy yg lain ingn kmbli jgk kpda sy? Tp sky hbgn sy dgn ex bf mula renggang scra ttba sy pn x tau ap sbb nya
rina wati hj ajamain
Assalamualaikum ..boleh kah saya solat isthikhrah untuk suami saya ya bernama muhammad fairuz bin omar dari pada kesakitan.saya hanya ingin tahu bagaiman nak buat ia sembuh seperti sedia kala
hafizah
bagaimanakah petunjuk itu d berikan jika selain dri mimpi?
Kurt
Nt Allah bukakan jalan (dipermudahkan) bg urusan itu.. Perlahan lahan kita akan nampak.. Trust Him..insyaAllah 🙂
Kaa
Minta izin ss untuk belajar ye.
Alin
Tanda2 jawapan dr istikharah bukan semata2 dtg dr mimpi tp dlm bentuk urusan jd mudah, hati tenang mengingatkan dia..dan jika terdapat halangan dlm urusan bermakna itulah jawapan yg Allah berikan…
yinn
Assalamualaikum. saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak. saya sudah tawar hati akibat sikap dan perangai suami yang panas baran. dalam masa terdekat ni bekas kekasih saya menghubungi saya dan banyak memberi nasihat kepada saya. perlukah saya membuat solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah adakah suami atau bekas kekasih jodoh saya yang sebenar ??
Ika
Assalamuaikum, saya dan bf berkawan dah 9thun.. Tapi tetiba dia mintak putus dan ada org lain.. Saya harap, dgn solat istikarah Allah dapat membantu saya
hamba allah
sye ingin tahu adakah boleh jika saya tidak membacakan doa slps solat istikharah tapi sye membaca doa sye sendiri dgn menyelitkan pilihan sye? adakah tidak apa atau doa selepas solat istikharah ini wajib dibaca jika ingin melakukan solat istikharah?
Anonymous
Blh x solat sunat istikharah tanpa solat sunat tahajjud terlebih dahulu? Sbb sblm ni pernah dengar sunat istikharah perlu dlakukan dengan sunat tahajjud