BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hebatnya Mukjizat Nabi Muhammad SAW. Raja di India Terpinga Melihat Bulan Terbelah

ammar October 28, 2020

Dikenali dengan nama Raja Cheraman Perumal atau nama Islamnya Sultan Tajudeen. Kisah Raja dari India ini tidaklah diketahui ramai oleh manusia zaman ini.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar beliau menziarahi Makam Sultan Tajudeen (Cheraman Perumal) di Salalah Oman.

Apa yang menarik lagi mengenai Raja Cheraman Perumal ini adalah baginda pernah hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Raja India yang pernah melihat mukjizat Rasulullah S.A.W bulan terbelah dua.

Seorang raja dari Dinasti Chera, Malabar(selatan India) bernama Raja Cheraman Perumal(nama sebenarnya Chakrawati Parmas).

Raja ini telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah dua itu di Malabar, di waktu yg sama ketika Rasulullah SAW (yang berada di Mekah ketika itu) telah membelah bulan di hadapan golongan Quraisy sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Baginda. Raja itu kebingungan setelah melihat peristiwa tersebut.

Kemudian, pada tahun yang sama berlakunya peristiwa bulan terbelah dua iaitu pada 617M, seorang sahabat Nabi bernama Malik Bin Dinar bersama-sama 12 orang sahabat yang lain telah datang ke India.Mereka adalah sekumpulan pedagang Muslim yang ingin berdagang ke China dan singgah sebentar di Malabar.

Di sini, Malik bin Dinar telah berdakwah kepada orang India dan mengajak mereka memeluk Islam. Dakwah ini disambut dengan mudah oleh bangsa Arab yang terlebih dahulu datang ke India, namun orang tempatan India belum terbuka untuk menerimanya.

Berita kedatangan mereka kemudiannya telah sampai kepada Raja Cheraman yang kemudiannya telah menjemput mereka ke istana. Malik bin Dinar seterusnya telah menerangkan kepada raja tersebut mengenai Islam.

DIALOG ANTARA SANG RAJA DENGAN MALIK BIN DINAR

Sebelum kedatangan Islam, para pedagang Arab telah menunjukkan sikap yang buruk apabila mereka sampai di pelabuhan Kerala, India. Antara soalan yang ditanyakan kepada jemaah dakwah itu ialah;“Bagaimana Islam boleh mengubah bangsa Arab yang kasar menjadi lemah lembut?”.

Jemaah itu pun menceritakan mengenai kebaikan yg diunjurkan agama Islam dan perihal Nabi Muhammad SAW.Kemudian,raja itu bertanya;“Adakah terdapat bukti atau mukjizat yang boleh menunjukkan bahawa Muhammad adalah seorang Nabi?”.

Jemaah itu pun menceritakan kisah berkaitan mukjizat Nabi iaitu peristiwa bulan terbelah dua. Maka terjawablah sudah persoalan yg bermain di minda Raja Cheraman yg selama ini dihantui kebingungan dengan fenomena bulan terbelah yang disaksikannya sebelum ini.

Ini menambahkan lagi keinginannya untuk mencari agama yang benar.

[Dalam ajaran Hindu dan Buddha, para astrologis mereka berpendapat bahawa antara tanda-tanda seseorang itu menjadi nabi akhir zaman adalah dia dapat membelah bulan menjadi dua]

Setelah Raja Cheraman dan Perdana Menterinya, Krishna Munjad mendengar penerangan daripada Malik bin Dinar,mereka tertarik untuk ke Makkah bagi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Turut bersama mereka ialah Raja Maldives yang juga telah mendengar penerangan daripada Malik bin Dinar.(NOTA: Dialog ini ada ditulis dalam Kitab Rihlat al Muluk oleh Umar bin Suhrawardi)

BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH

Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, Raja Chakrawati telah membahagikan kerajaannya kepada 34 bahagian dan melantik anak-anak serta saudaranya sebagai raja bagi setiap bahagian. Kemudian, baginda bersama-sama beberapa orang kerabat diraja serta rakyat jelatanya bertolak ke Makkah dengan dipandu oleh Malik bin Dinar. Mereka tiba pada tahun yang sama iaitu 617 Masihi.

Manuskrip Hindu kuno ini juga menceritakan bahawa raja ini akhirnya berjaya menemui Rasulullah dan memeluk Islam. Setelah mempelajari selok-belok agama suci ini, baginda bertolak semula ke Malabar untuk menyampaikan ajaran Islam kepada rakyat Malabar.

Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Niat suci raja ini tidak dapat diteruskan apabila baginda mangkat semasa perjalanan pulang di satu tempat di Oman.

Namun,peristiwa pengIslaman Raja Cheraman ini telah membuka lembaran baru kepada pengIslaman rakyat India di Malabar.

NOTA:– Manuskrip Hindu kuno tersebut di simpan di Pejabat (atau jabatan) Perpustakaan India,London (no.rujukan:Arabic,2807,152-173).– Catatan mengenai kedatangan Raja Cheraman ke Mekah yg ditulis oleh salah seorang ahli jemaah Malik bin Dinar ketika tiba di India juga telah dijumpai di Masjid Cheraman,India.Sumber: Khawatir Fi Ma`iyyat Khatam al-Anbiya Wa al-Mursalin karangan Dr. Zaghlul Najjar muka surat 110-111 cetakan Nahdetmisr tahun 2004.

Lokasi Map :Cheraman Perumal MaqamSalalah, Oman https://maps.app.goo.gl/LCJbzttRv822oXEL7

Ini adalah sedikit sebanyak kisah sejarah mengenai Raja Cheraman, seorang Raja dari India yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W.

Mungkin diantara kita sebelum ini tidak tahu mengenai kisah ini sebelum ini. Menarik bukan kisah ini? Jika anda merasakan kisah ini menarik sila kongsikan kisah ini sekarang bersama-sama rakan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Jutawan Dari India Menyamar Menjadi Tukang Sapu Di Masjidil Haram.png
    Kisah Sebenar Jutawan Dari India Menyamar Menjadi …
    January 21, 2016 2
  • cara basuh beras yang betul
    Ramai Orang Islam Ambil Mudah, Sebenarnya Inilah …
    October 2, 2017 1
  • gambar najib cium batu hajar aswad
    Misteri Hajar Aswad Yang Mengejutkan Neil Amstrong …
    August 13, 2015 0
  • Subhanallah…Ica peluk bapa, minta diajar mengucap
    June 6, 2018 0
  • ustaz ebit lew dan ayahnya
    Saya Menangis Tak Henti-Henti Bila Ayah Bertanya …
    December 10, 2021 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2022 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network