BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doa Rabitah ,Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkannya

Islah Ibrahim December 9, 2022
doa rabitah
Doa Rabitah ,Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkannya 3

Anda ingin mengamalkan doa rabitah dalam kehidupan seharian? anda berada di laman yang betul kerana artikel ini akan kongsikan kepada anda bagaimana membaca doa rabitah, terjemahan dan cara mengamalkannya.

Pengenalan Doa Rabitah

Dari segi bahasa, rabitah membawa maksud ‘perikatan’ atau bersamaan juga jalinan hati yang melibatkan hubungan sesama manusia. Doa ini adalah amalan wirid yang telah di lakukan oleh para aktivis dakwah yang dibaca pada waktu pagi dan petang. Doa ini biasa dibaca pada dua-dua keadaan samada bersendirian atau berjemaah.

Doa ini telah disusun oleh As Syahid Hasan Al Banna Rahimahullah dimana isi doa ini sangat bagus dan menjadi suntikan semangat dalam usaha dakwah dan berjihad. Doa ini telah dimasukkan dalam rangkaian wirid Al-Matsurat yang banyak kita lihat dibaca pada waktu pagi dan di petang hari. Ianya juga dibaca di sekolah-sekolah islam di waktu pembuka dan penutup aktiviti di sekolah.

Banyak sejarah-sejarah tentang jihad terkait dengan doa ini, contohnya apa yang berlaku di Palestin, Perdana Menteri Palestin , Ustaz Ismail Haniyeh hafizahullah , pada masa itu, Palestin sedang ditimpa ujian dan bala bencana yang tidak henti-henti menimpa rakyat Palestin.

Serangan ke arah Palestin berterusan tanpa henti. Doa rabitah inilah yang menjadi senjata buat para pejuang islam dan menjadikan semua umat islam bersatu.

Tetapi doa ini bukanlah untuk dibaca untuk pejuang islam sahaja, semua umat islam boleh mengamalkannnya sebagai suatu cara untuk sentiasa bersemangat untuk berjihad untuk melakukan kebaikan demi mencari keredhaan Allah S.W.T

Doa Rabitah Bacaan Arab dan Rumi

Doa Rabithah
Doa Rabitah ,Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkannya 4

Bacaan Rumi :

Allahumma innaka ta’lamu annaha dzihil qulub, qadijtama at ‘alaa

mahabbatik

Wal taqot ‘alaa tha’atik, Wa tawahadat ‘alaa da’watik

Wa ta’ahadat ‘ala nasharoti syari’atik

Fa wathiqillahumma rabithataha, Wa Adim wuddaha, wah diha subulahaa

Wam la’aha binurikaladzi la yakhbu

Wa syrah shuduroha bi faidil imaanibik wa jamiilit tawakkuli’alaik

Wa ahyiha bi ma’rifatik, wa amtiha ‘alaa syahaadati fii sabilik

Innaka ni’mal mawla wa ni’man nashirr. Allahumma aminnn.

Maksud doa:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui, hati hati kami, kami telah berkumpul kerana cintakan Mu, dan berjumpa dalam ketaatan kepada Mu dan bersatu dalam dakwah Mu, dan berpadu dalam membela syariat Mu. Maka Ya Allah, kuatkanlah ikatanya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalannya, penuhilah ia dengan cajaya yang tiada redup, dan lapangkanlah dada-dada dengan iman yang berlimpah kepada Mu. Serta indahnya takwa kepada Mu dan hidupkan ia dengan ma’rifatMu dan matikan ia dalam syahid di jalan Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-sebaik penolong. Ya Allah kabulkanlah..

Keistimewaan dan Kelebihan Mengamalkan Doa Rabitah

Jom kita ketahui apakah antara kelebihan dan keistimewaan doa rabitah ini.

Keistimewaan

1. Doa ini telah disusun untuk diamalkan oleh para pendakwah, supaya ianya sebagai peringatan kepada prinsip perjuangan dakwah islam

2. Doa rabitah dibaca yang bertujuan untuk menyatukan hati para pendakwah

3. Doa ini sebagai mesej bahawa usaha dakwah itu perlu dilakukan secara berjemaah yang mengabungkan hati-hati manusia untuk bersatu

4. Dapat menyatukan hati para pendakwah dari pelbagai generasi sejak bermulanya kerja dakwah yang dimulakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan disambung oleh para sahabat.

Kelebihan dan Fadhilat

1. Dapat membantu seseorang untuk menyelesaikan perselisihan dengan adik beradik sendiri dan saudara semuslim. Biasa kita dengar, tidak sempurna iman seseorang itu apabila dia belum menyayangi saudaranua sendiri seperti dia menyayangi dirinya sendiri

2. Mampu membantu melembutkan hati seseorang muslim kalau tadi keras, sekarang menjadi lunak. Dari suram tidak bercahaya, bertukar jadi terang

3. Ada rasa simpati kepada sesama makhluk Allah, membantu dan sikap mudah memaafkan

4. Menjalin erat ukhuwah islamiyah antara sesama muslim atau makhluk ciptaan Allah S.W.T. Bila hati kita sudah teroaut bersama dengan saudara seiman, insyaAllah tali silaturahim dapat dikekalkan dan masing-masing sama sama membuat kebaikkan yang tidak mengundang perbalahan.

Jom kita sama-sama amalkan doa rabitah ini sebagai satu lagi senjata penguat dalam kehidupan berjemaah. Umat islam tidak akan kuat jika tidak bersatu, maka doa ini perlu menjadi wirid harian sebagai usaha untuk menyatukan hati umat islam.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Cara Penyimpanan Susu Ibu
    Garis Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan …
    October 10, 2016 0
  • PRU15 1
    Tarikh PRU-15: Hari Penamaan Calon dan Hari …
    November 1, 2022 0
  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0
  • tabung haji 840581 20191215105943
    Semakan Dividen Tabung Haji 2021/2022: Terkini 3.10%
    November 16, 2022 0
  • noname 8
    SPLKPM Guru : Cara Login Dan Kemaskini …
    November 22, 2022 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)