BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Fathia Latiff Akui Depresi Sebab Pakai Tudung

ammar

Setelah Emma Maembong kini tiba giliran seorang lagi artis iaitu Fathia Latiff. Fathia mengakui kini selesa dengan imej terbaharunya yang tidak lagi memakai hijab.

Fathia ditemui sewaktu hadir sebagai selebriti jemputan untuk majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Minimalace di Hotel Ritz Carlton.

“Saya gembira dengan cara saya sekarang ini. I feel so much bless and I can be myself.

“Saya sedar apa yang terjadi sebelum ini adalah kerana patah hati. Saya memakai hijab pun hanyalah kerana orang lain.

“Sebab itu saya hormat pada orang yang menyatakan dia berhijab kerana Allah. Sebab kerana dari apa pun semuanya bermula dari hati kita sendiri,” ujar wanita berusia 32 tahun ini.

Fathia nekad dengan keputusan untuk tidak lagi berhijab kerana mahu berlaku jujur pada diri sendiri.

Mengalami depresi sebab pakai tudung?

“Saya boleh katakan, saya depresi kerana memakai hijab. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri dan sebab itu saya on-off pakai tudung.

“Tapi sekarang, apabila saya pakai tudung tapi tak ikhlas, ia tak kena. Jadi apabila hati ini sudah ikhlas kerana Allah, saya akan pakai tudung,” kata Fathia.

Fathia berkata dia sangat menyukai gaya rambut terbarunya itu dan berharap dia turut diterima suatu hari nanti.

Apabila ditanya adakah dia ada mendapatkan bantuan atau pertolongan daripada yang pakar tentang keadaan depresinya, ini jawapan Fathia.

“Tidak. Kerana doktor hanya akan bagi ubat yang fungsinya hanyalah lebih kurang sama dengan dadah. Jadi apa gunanya?

Dah ada kekasih ke?

Buat masa sekarang ini saya masih belum ada pasangan atau kekasih. Bukan tak bersedia tapi mahu jadikan diri yang terbaik dahulu.

“Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya. Harap-harap ada yang sudi menerima saya seadanya. Tapi saya serahkan pada Allah.

Kalau ada jodoh, Insya-Allah mesti ada. Mungkin buat masa ini, orang nak saya fokus pada kerjaya dulu,” katanya.

Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Aiman Hakim Ridza. Namun hubungan mereka berdua tidak lama, hanya mampu bertahan selama dua tahun dan berpisah pada 2015.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 24

Sehingga kini Fathia masih lagi “single” manakala Aiman Hakim telah menemui pengganti lain yang juga seorang artis terkenal.

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Fathia Latiff. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • rumah dato vida
    Ini Sebab Mengapa Banglo Mewah Dato Seri …
    July 19, 2017 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 akhir
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 Akhir
    August 30, 2016 1
  • foto terbaru siti nordiana dan anak.jpg
    Gambar Terbaru Siti Nordiana dan Anak
    December 15, 2015 0
  • hantu kak limah 2 02
    Pak Jabit Pelakon Filem “Hantu Kak Limah” …
    September 7, 2017 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 20
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 20
    August 15, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)