BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Inilah Tindakan “Win” Si Bapa Apabila Video Anak Pukul Ibu Jadi Viral

ammar

Rasanya rata-rata rakyat Malaysia sudah menonton video tular seorang remaja memukul ibunya serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Disebabkan video itu tular, kini keluarga mereka menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak termasuk “netizen suci”.

Ada yang mempersoal kenapa ibunya sekadar membiarkan sahaja perbuatan anaknya itu. Tidak kurang juga ada yang mempersoal dimanakah si ayahnya? Kenapa ayah hanya membiarkan perkara ini?

Pelbagai andaian dan tomahan dilemparkan kepada keluarga ini setelah video itu viral di laman sosial.

Video itu sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada keluarga ini apabila ayah bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis.

“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.

“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pengadu(Ayah) dan isteri pengadu(Ibu) enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.

Pengajaran Kisah Ini

Lihatlah jiwa seorang ibu dan bapa, walaupun disakiti, dimalukan oleh anak sendiri tetapi dia masih membela dan menyayangi si anaknya. Kerana pintu taubat itu sentisa terbuka buat semua insan di dunia ini. Sama-sama kita doakan supaya anaknya menjadi anak yang baik dan soleh selepas ini. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Jika ada salah dan silap sama-sama kita perbetulkan.

ARTIKEL LAIN  Misteri Bau Busuk Disangka Mayat di Pantai Paka, Setelah Digali Ini Yang Terjadi

Pesanan buat “netizen suci”, cukup-cukuplah menghukum  dan mengecam orang. Kita semua bukan manusia yang sempurna. Biarlah Allah yang menghukum hambanya yang bersalah.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Hentikan Fitnah, Shukrey Sebenarnya Tak Bersalah
    September 28, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • instafamous 7g
    Keputusan Peperiksaan 7G 1E, Instafamous Salahkan Sekolah …
    July 25, 2018 0
  • boy iman
    Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato’ Boy Iman Tidak …
    October 24, 2017 0
  • perutusan khas perdana menteri
    Sambung atau Tamat PKPB? Pakar Perjelas Kemungkinan …
    June 5, 2020 0
  • ayana gadis korea viral di facebook.jpg
    Gambar Gadis Korea Bertudung Jadi Viral
    November 16, 2015 1
  • Acap header
    Sukarelawan Ini Beri Bayangan Acap Sebenarnya Tak …
    April 9, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)