BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kehadiran Helikopter ke Istana Negara Timbul Tanda Tanya

ammar October 25, 2020

Umum sudah mengetahui hari ini 25 oktober 2020, satu Mesyuarat Khas Raja-raja Melayu diadakan di Istana Negara.

Seperti kebiasaan, pihak media mula “berkampung” di perkarangan pintu masuk Istana Negara.

Namun, timbul satu tanda tanya oleh pihak media apabila kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di perkarangan Istana Negara.

Helikopter itu dikatakan mendarat kira-kira jam 12 tengah hari tadi sebelum terbang semula beberapa minit kemudian.

Namun selepas itu helikopter yang sama kemudian mendarat semula kira-kira jam 3.10 petang tadi.

Sehingga kinii, pihak media tidak dapat memastikan kemungkinan adanya kehadiran Raja-Raja Melayu yang tidak memasuki Istana Negara menaiki kenderaan rasmi.

Sehingga jam 3 petang tadi, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang tidak kelihatan masuk ke Istana Negara melalui pintu utama.

Istana Negara dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan kepada baginda hasil Mesyuarat Khas Kabinet pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak memperincikan butiran cadangan dibentangkan oleh Perdana Menteri kepada Seri Paduka.

Tetapi, spekulasi yang tercetus mengandaikan ia antara lain adalah syor kerajaan untuk melaksanakan darurat atau prorog Parlimen, mengambil kira keadaan semasa penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Prorog adalah pemberhentian atau penggantungan sidang Dewan Rakyat dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu.

Apa-apa pun keputusan yang dibuat nanti sama-sama kita tunggu dan lihat. Mungkin keputusan itu akan dicapai sebelum berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang tamat pada 27 oktober 2020 ini.

Ketika ini beberapa negeri yang dikenakan PKPB antaranya adalah Sabah, Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya. Sudah pasti rakyat Malaysia sedang menunggu keputusan kerajaan yang bakal dibuat nanti. Semoga keputusan yang dibuat nanti memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • nasi lan kedah putrajaya
    Kurang Markah 2% Nasi Lan Kedah Diarah …
    July 21, 2018 0
  • rakyat malaysia
    Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak …
    November 22, 2016 2
  • durian musang king
    Polis Buru 5 Lelaki Pukul dan Baling …
    June 21, 2020 0
  • Senarai Menteri Kabinet
    Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru 2018 Selepas …
    May 11, 2018 0
  • perdana menteri pakistan
    Kerana Kekayaan Luar Biasa, Mahkamah Pakistan Lucutkan …
    July 28, 2017 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2022 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network