Selalunya bila sebut mengenai manusia ajaib dan memiliki kebolehan luar biasa daripada manusia normal ianya muncul di dalam filem sahaja.
Banyak filem-filem terkenal seperti Superman, Spiderman dan Batman, hero atau watak utama filem seperti ini memiliki kebolehan luar biasa dari manusia lain.
Sudah pasti perkara-perkara sebegini membuatkan para penonton seronok dan tertarik kerana mereka ini ada “super power” yang tidak apa pada manusia lain.
Itu adalah kisah di dalam filem sahaja. Tetapi tahukah anda di alam nyata juga wujud manusia yang memiliki kebolehan yang luar biasa ini?
Sebagai contoh di Malaysia kita ada Yaashwin Sarawanan, iaitu seorang remaja yang dikenali sebagai ‘Human Calculator’ dengan kehebatannya dalam pengiraan angka tanpa menggunakan kalkulator.
Kebolehanya itu sehingga mencipta rekod mencipta rekod membanggakan buat Malaysia apabila meraih tempat kedua program Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3).

Namun, di dalam artikel kali ini kami ingin kongsikan mengenai seorang lelaki di India yang digelar sebagai ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’. Beliau bernama Neelakhantha Bhanu Prakash yang membuka kisah ajaib memiliki kelebihan luar biasa iaitu mampu mengira dengan laju tanpa menggunakan kalkulator.
Apa yang menarik pemuda berusia 21 tahun muncul juara dalam Kejohanan Dunia Pengiraan Mental Sedunia di Mind Sports Olympiad (MSO), London.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana beliau mampu mengira dengan begitu pantas? Neelakhantha percaya kɛmalangan yang berlaku ketika berusia lima tahun adalah punca kepada kebolehannya kini sehingga berjaya digelar sebagai manusia kalkulator.
Neelakhantha berkata, kɛmalangan basikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah bas menyebabkan beliau mengalami kɛcederaan parAh di kepala dan dirawAt di unit rawatAn rapi (ICU) dengan 70 jahitan.
Pada awalnya dia diperkenalkan dengan permainan silang kata dalam tempoh pemulihan dan beralih kepada sempoa, keluarganya langsung tidak membenarkan beliau untuk memandang cermin kerana tidak mahu semangatnya hilang selepas kejadian tersebut.

Neelakhantha Bhanu Prakash ‘berterima kasih’ kerana tragedi tersebut membawanya hingga tahap ini, beliau yang juga merupakan graduan Kolej St Stephen, New Delhi berkata setiap hari beliau akan memperuntukkan satu jam untuk latihan mengira secara berterusan.
“Ibu bapa saya diberitahu bahawa kemampuan kognitif saya mungkin akan terjejas. Jadi saya mula belajar mengira supaya otak saya sentiasa sibuk – salah satu cara untuk bertahan.”
Betullah kata orang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lihatlah pemuda India ini walaupun kɛmalangan ini hampir mɛragut nyawanya namun beliau dapat sesuatu bakat kurniaan yang sukar diperolehi, hanya dia sahaja yang diberikan kebolehan seperti ini.
Anda merasakan kisah ini menarik untuk dikongsi? Sila kongsikan kisah ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekarang. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat kita semua.