Tonton LIVE KLIK SINI
Live Streaming Keputusan JDT vs Boeung Ket Angkor 19.4.2017 AFC
JDT vs Boeung Ket Angkor. Saksikan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak di Malaysia. Hari ini Johor Darul Takzim(JDT) FC akan bertemu Boeung Ket Angkor FC dalam saingan AFC Cup 2017.
Hari ini Rabu 19 April 2017 jam 7.00 p.m waktu Malaysia, pasukan Harimau Selatan, JDT FC bakal bertemu dengan kelab dari Kemboja, Boeung Ket Angkor FC dalam Kejohanan AFC Cup 2017 pusingan kedua peringkat kumpulan F.
Bagi jurulatih Johor Darul Takzim(JDT), Benjamin Mora enggan mengambil mudah pertembungan pada hari ini menentang Boeung Ket Angkor FC. Walaupun skuad JDT menang mudah 3-0 ke atas Boeung Ket Angkor FC pada aksi pusingan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, 21 Februari lalu, namun itu adalah cerita lama.
Mora perlu membentuk barisan yang mantap bagi menghadapi saingan pada perlawanan petang ini. Kelebihan Boeung Ket Angkor FC adalah mereka bermain di tempat sendiri pada hari ini. Pelbagai kemungkinan bakal berlaku pada perlawanan kali ini. Kita tidak boleh memandang rendah kelebihan pesaing.
Apa yang membimbangkan pada perlawanan kali ini adalah JDT tidak dapat menggunakan khidmat Amirul Hadi Zainal kerana beliau digantung satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning. Tempatnya akan diganti sama ada Nazmi Faiz atau Shakir Shaari.
Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia memberikan sokongan dalam perlawanan penting ini kepada JDT FC selaku wakil bagi Malaysia di kejohanan AFC Cup 2017.
Tonton Online Live Streaming JDT vs Boeung Ket Angkor 19.4.2017
Perlawanan Johor Darul Takzim(JDT) vs Boeung Ket Angkor FC ini akan berlangsung pada jam 7.00 petang ini di Stadium Nasional Olimpik Phnom Penh, Kemboja.
Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Johor Darul Takzim(JDT) vs Boeung Ket Angkor 19 April 2017 di Astro Astro Fox Sports saluran 812.
Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:
(1)Link
(2)Link
(3)Link
(4)Link
LIVE Keputusan JDT vs Boeung Ket Angkor 19.4.2017
Keputusan terkini perlawanan JDT vs Boeung Ket Angkor FC adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.
JDT FC 3–0 Boeung Ket Angkor FC
(*perlawanan sedang berlangsung)