JDT vs Kuala Lumpur FA. Aksi Liga Super Malaysia 2018 diteruskan lagi untuk pusingan ketiga pada 10 dan 11 Februari 2018. Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim(JDT) vs Kuala Lumpur FA sepatutnya dijadualkan pada jam 9.00, 10 Februari 2018 tetapi terpaksa ditunda kerana cuaca hujan lebat di Stadium Cheras.
Perlawanan antara JDT vs KL FA pada 10 Februari 2018 dihentikan pada minit ke-56 perlawanan dan diumumkan bahawa perlawanan ini disambung semula pada esok(11.2.2018) jam 4 petang di Stadium Cheras.
Menerusi sumber yang boleh dipercayai, perlawanan JDT vs KL FA akan disambung semula pada minit ke-56 dengan keputusan 0-1.
Mampukah Johor Darul Ta’zim bangkit kembali mengejar Kuala Lumpur FA dalam perlawanan sambungan nanti? Sama-sama kita saksikan nanti sambungan perlawanan antara pasukan ini.
Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim baru-baru ini begitu gembira dengan kemenangan merangkul piala pertama untuk musim ini dengan menewaskan Kedah dalam saingan merebut Piala Sumbangsih 2018.
Pada perlawanan pusingan kedua Liga Super 2018 yang lepas(6.2.2018) JDT menang bergaya sekali lagi di halaman sendiri apabila berjaya menundukkan PKNP FC dengan keputusan penuh perlawanan 3-0.
Mengikut kedudukan carta sebelum perlawanan ini, JDT berkongsi mata dengan Selangor masing-masing 6 mata dengan Selangor berada di kedudukan pertama liga dan JDT kedua liga.
Namun, kedudukan liga pasti berubah selepas perlawanan pusingan ketiga ini.
Tonton Online Live Streaming JDT vs Kuala Lumpur FA 11.2.2018
Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Johor Darul Takzim(JDT) vs Kuala Lumpur FA menerusi Unifi TV saluran 703.
Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:
Info Perlawanan Liga Super 2018 Johor Darul Ta’zim VS Kuala Lumpur FA
Tarikh: 11 Februari 2018
Masa: 4.00 petang waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Siaran Langsung: iflix, Unifi TV(Saluran 703) –jika ada live–
LIVE Keputusan JDT vs Kuala Lumpur FA 11 Februari 2018
Keputusan terkini perlawanan JDT vs Kuala Lumpur FA adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.
JDT 0-1 Kuala Lumpur FA
(*Keputusan penuh perlawanan)
Anuar
Tahniah KL FA kerana berjaya mengalahkan JDT..