Tonton LIVE KLIK SINI
Tonton Live Streaming Keputusan JDT vs PKNS FC 15.4.2017 Liga Super
Keputusan JDT vs PKNS FC. Bertarikh 15 April 2017, sabtu, 9.00 malam saksikan perlawanan Liga Super Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim(JDT) menentang PKNS FC secara langsung di halaman ini.
Perlawanan diantara Johor Darul Takzim(JDT) menentang PKNS FC ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Johor. Sepak mula perlawanan dijangka bermula pada jam 9.00 malam waktu Malaysia.
Melihat carta kedudukan Liga Super 2017 setakat ini, Johor Darul Ta’zim(JDT) mendahului dengan menduduki tangga pertama liga berbanding PKNS FC ke-8 liga. Namun, jika Johor Darul Takzim(JDT) atau PKNS FC menang pada malam ini, kedudukan tangga sudah pasti berubah secara mendadak.
Perbezaan mata antara PKNS dan Johor Darul Takzim(JDT) setakat ini adalah 11 mata. Ketika ini Johor Darul Takzim(JDT) mengutip 20 mata berbanding PKNS FC 9 mata. JDT jauh meninggalkan mata di depan PKNS FC.
Melihat kedudukan kumpulan dalam Liga Super 2017 sekarang ini, Pahang dan Kedah masing-masing berkongsi 19 mata dimana Pahang ke-2 dan Kedah ke-3 liga. Johor Darul Takzim(JDT) harus menang dalam perlawanan malam ini jika mahu kekal di kedudukan pertama liga, jika tidak kedudukan sebagai pendahulu liga JDT sudah pasti akan berubah.
MISI MENGEKALKAN KEDUDUKAN SELAKU PENDAHULU LIGA DAN REKOD KEBAL STADIUM LARKIN
Selain mengekalkan rekod tanpa tewas Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin Johor ini dalam saingan Liga Super sejak 2013, kedudukan sebagai pendahulu juga perlu dikekalkan memandangkan jumlah mata yang tidak jauh dengan pasukan di tangga kedua dan ketiga. Mampukah JDT mempertahankannya? Semoga kehadiran penuh para penyokong pada hari Sabtu ini mampu menambah suntikan semangat buat mereka. Luaskan Kuasamu Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan ini sambil memberikan laungan semangat dan sokongan sebagai penyokong.
Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir di stadium, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini secara langsung di televisyen(jika ada siaran) dan secara live streaming online. Pautan live streaming akan dimasukkan ketika berlangsungnya perlawanan Johor Darul Takzim(JDT) vs PKNS FC malam ini.
Dibawah adalah kedudukan terkini Liga Super Malaysia 2017.
Tonton Online Live Streaming JDT vs PKNS FC 15.4.2017
Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Johor Darul Takzim(JDT) vs PKNS FC 15 April 2017 di www.tonton.com.my(jika ada live).
Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:
LIVE Keputusan JDT vs PKNS FC 15 April 2017
Keputusan terkini perlawanan JDT vs PKNS FC adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.
JDT 2–1 PKNS FC
(*perlawanan telah tamat)