BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Live Streaming Keputusan JDT vs Terengganu FC 10.3.2018 Liga Super

ammar March 10, 2018

JDT vs Terengganu FC. Aksi Liga Super Malaysia 2018 diteruskan lagi untuk pusingan kelima pada 9, 10, 11 Mac 2018. Semalam, 8 Mac 2018 telah berlangsung perlawanan Liga Super 2018 pusingan ke lima antara PKNS FC menentang Kelantan. Dalam perlawanan itu PKNS FC berjaya membelasah pasukan Kelantan dengan 1 gol kosong. jadual liga super 2018 pusingan kelima

Perlawanan Liga Super 2018 diteruskan lagi pada hari ini(10 Mac 2018) dengan perlawanan tumpuan antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim(JDT). Pasukan Harimau Selatan berkunjung ke negeri pantai timur, Terengganu untuk perlawanan pada malam ini.

Mengikut rekod terkini, Terengganu adalah pasukan yang belum kalah dalam perlawanan Liga Super 2018 dengan mencipta dua kemenangan dan dua seri setakat ini.

Pungutan mata terkini, Johor Darul Ta’zim berjaya memungut 9 mata berbanding Terengganu 8 mata. PKNS FC adalah pendahulu liga pada masa ini dengan pungutan 10 mata.

Dengan pungutan mata tersebut membuatkan Johor Darul Ta’zim berada di kedudukan kedua liga dan Terengganu FC berada dikedudukan ketiga liga.

Perlawanan pada malam ini bakal merubah kedudukan liga super. Jika Terengganu FC menang, sudah tentu gelaran pendahulu liga akan dipegang oleh skuad Penyu ini. Jika Johor Darul Ta’zim menang sudah tentu dengan mudah pasukan Harimau Selatan ini menjadi pendahulu liga.

Namun, kelebihan bermain di stadium sendiri buat Terengganu seharusnya digunakan sebaiknya. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menjadi saksi dan penentu pada perlawanan malam ini. 

Mampukah Terengganu FC mencipta rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2018 atau JDT berjaya menghancurkan rekod itu malam ini? Pasukan yang manakah bakal menang? Sama-sama kita saksikan.

ARTIKEL LAIN  Tonton Live Streaming Keputusan JDT vs Selangor 5.8.2017 Liga Super

Di bawah ini adalah kedudukan terkini Liga Super 2018 sebelum perlawanan pusingan kelima 10.3.2018.

kedudukan terkini liga super 2018 10.3.2018

 

Tonton Online Live Streaming JDT vs Terengganu FC 10.3.2018

Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton secara langsung perlawanan antara Johor Darul Takzim(JDT) vs Terengganu FC menerusi saluran televisyen TV9.

Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:

Link 1

Pautan 2

Saluran 3

Info Perlawanan Liga Super 2018 Johor Darul Ta’zim VS Terengganu FC

Tarikh: 10 Mac 2018

Hari: Sabtu

Masa: 9.00 malam waktu Malaysia

Lokasi: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Siaran Langsung: TV9

LIVE Keputusan JDT vs Terengganu FC 10 Mac 2018

Keputusan terkini perlawanan JDT vs Terengganu FC adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.

JDT 0–0 Terengganu FC

(*Perlawanan BELUM BERMULA)

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Perkongsian yang menarik

    March 13, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Juan Martin Lucero
    JDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero …
    December 29, 2016 0
  • jdt vs kelantan
    Live Streaming Keputusan JDT vs Kelantan FC …
    November 5, 2022 0
  • mario gomez
    Punca Sebenar Mario Gomez Letak Jawatan dan …
    January 19, 2017 0
  • Hidayah Muslimah 2
    Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb …
    January 10, 2017 2
  • Malaysia_Vs_Indonesia
    Live Streaming Keputusan Malaysia vs Indonesia 5.9.2019 …
    September 5, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)