BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Live Streaming Keputusan Malaysia vs Indonesia 5.9.2019 Kelayakan Piala Dunia 2022

ammar September 5, 2019

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bolasepak Malaysia dan Indonesia kian hampir. Perlawanan Malaysia vs Indonesia.

Pada hari ini tanggal 5 September 2019 pasukan negara Malaysia akan menentang pasukan Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar.

Setelah berjaya mengharungi kelayakan pusingan pertama, kini Harimau Malaya mengorak langkah seterusnya dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar.

Pasukan Malaysia diundi dan berada dalam kumpulan G yang dibarisi beberapa negara hebat di Asia seperti Indonesia, Thailand, Vietnam serta Emeriah Arab Bersatu(UEA).

Melihat dari pencabar Malaysia ini bukanlah jalan mudah bagi skuad negara untuk melepasi peringkat ini. Namun, dengan usaha dan kesungguhan pasukan negara sudah pasti boleh mencipta kejayaan yang diingini.

Pada hari ini adalah perlawanan pertama Malaysia dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.

Apa yang membimbangkan adalah apabila perlawanan ini menentang Indonesia di halaman mereka.

Seperti sedia maklum, Indonesia merupakan musuh tradisi bagi Malaysia dan perlawanan di tempat lawan menjadi mimpi ngeri buat pasukan Malaysia jika tidak bersedia menghadapi cabaran.

Namun, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe pastinya mengharapkan anak buahnya dapat menunjukkan aksi sebenar dan tidak tunduk kepada tekanan bermain di stadium yang akan dibanjiri berpuluh ribu penyokong Indonesia.

Brendan Gan dan Hadin Azman adalah antara muka baru yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan kali ini. Diharap dengan barisan pemain yang berkualiti ini dapat mencipta kemenangan dalam perlawanan kali ini.

Misi Harimau Malaya adalah untuk berada dikedudukan dua terbaik peringkat kumpulan supaya secara automatik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sekaligus mengesahkan tempat di Piala Asia 2023.

ARTIKEL LAIN  Gol Tercantik Pemain Malaysia Bertanding Anugerah FIFA Puskás Award 2016

Adakah misi Malaysia ini berjaya? Sama-sama kita saksikan nanti.

Malaysia vs Indonesia

Tonton Online Live Streaming Malaysia vs Indonesia 5.9.2019

Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Malaysia vs Indonesia menerusi Astro Arena 801 dan 802 bermula jam 8.30 malam waktu Malaysia.

Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:

Pautan 1

Link 2

Live 3

Info Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia vs Indonesia

Tarikh: 5 September 2019

Hari: Khamis

Masa: 8.30 malam waktu Malaysia

Lokasi: Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Siaran Langsung: Astro Arena

LIVE Keputusan Malaysia vs Indonesia 5 September 2019

Keputusan terkini perlawanan Malaysia vsIndonesia adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.

Malaysia 3-2 Indonesia

(*keputusan penuh perlawanan)

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas sepak mula sehingga tamat perlawanan. Jangan lupa untuk lihat keputusan perlawanan di halaman ini. Teruskan menyokong Harimau Malaya!

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Indonesia 19 November 2019 Kelayakan Piala Dunia
    November 19, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • JDT vs Terengganu FC piala malaysia
    Live Streaming Keputusan JDT vs Terengganu FC …
    September 28, 2019 0
  • JDT vs Kuala Lumpur
    Live Streaming Keputusan JDT vs Kuala Lumpur …
    February 11, 2018 1
  • Siaran Langsung Live Streaming Keputusan Selangor VS Kedah 30.10.2016
    Siaran Langsung Live Streaming Keputusan Selangor VS …
    October 29, 2016 1
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Dedah Konspirasi Pemain dan “Datuk” Untuk …
    October 12, 2017 0
  • Malaysia vs Filipina
    Live Streaming Malaysia vs Filipina 22.3.2017 International …
    March 22, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)