Tonton Live Streaming Keputusan Malaysia vs Korea Selatan 20.1.2018 AFC U23
Malaysia vs Korea Selatan. Bertempat di Stadium Kunshan, China, hari ini Sabtu 20 Januari 2018 skuad bolasepak muda Malaysia bawah 23 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee bakal berdepan dengan Korea Selatan dalam perlawanan peringkat suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23).
Mengikut kedudukan peringkat kumpulan dalam kejohanan ini, Malaysia melakar sejarah mara ke suku akhir apabila menduduki tangga kedua Kumpulan C dengan mengumpul empat mata hasil kemenangan 1-0 ke atas naib juara 2013, Arab Saudi, seri 1-1 dengan Jordan dan tewas 1-4 kepada Iraq.
Mengikut rekod, kali terakhir skuad negara bertemu Korea Selatan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di Sukan Asia Incheon 2014 dengan pasukan tuan rumah itu menewaskan skuad kendalian Kim Swee 3-0.
Walaupun Malaysia yang merupakan pasukan kedua kumpulan C tidak mustahil untuk mengalahkan pasukan Korea Selatan yang merupakan pasukan juara kumpulan D.
Pada peringkat kumpulan yang lepas, Korea mencipta dua kemenangan dan satu seri manakala Malaysia satu kalah satu seri dan satu menang.
Mampukah Malaysia mencipta sejarah pada hari ini dengan menang ke atas Korea Selatan yang dilihat pencabar terkini pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu. Sama-sama kita saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan dari Stadium Kunshan, China pada petang ini jam 4.00 petang waktu Malaysia.
Info Perlawanan Malaysia vs Korea Selatan 20.1.2018 AFC U23
Pasukan terlibat: Malaysia vs Korea Selatan
Tarikh: 20 Januari2018
Masa: 4.00 petang(waktu Malaysia)
Tempat: Stadium Kunshan, China
Tonton Online Live Streaming Malaysia vs Korea Selatan 20.1.2018
Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Malaysia vs Korea Selatan di Astro Foxsports3 saluran 818 seawal jam 3.50 yang bermula dengan siaran pra perlawanan.
Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:
LIVE Keputusan Malaysia vs Korea Selatan 20.1.2018
Keputusan terkini perlawanan Malaysia vs Korea Selatan adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.
Malaysia 1–2 Korea Selatan
(1′ Cho Jae-Wan, 67′ Thanabalan, 85′ Han Seung-Gyu)
(*perlawanan telah tamat)
Ira
Malaysia Boleh.Teruskan berusaha menaikkan nama Malaysia.Rezeki tetap ada.Inshaa allah.