Malaysia vs UEA. Berjaya dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar, kini Malaysia sudah masuk ke peringkat pusingan kedua kelayakan dalam kumpulan G.
Pada perlawanan pusingan kedua kumpulan G, Malaysia telah berjaya mengumpul 3 mata penuh apabila berjaya menewaskan musuh tradisi iaitu Indonesia tempoh hari.
Dengan kemenangan ke atas Indonesia 3-2 pada 5 September 2019 lepas, Malaysia kini berada di kedudukan tertinggi kumpulan G dengan mengumpul 3 mata keseluruhan setakat ini.
Thailand dan Vietnam masing-masing mengumpul 1 mata apabila kedua-dua pasukan itu terikat seri 0-0 pada perlawanan yang berlangsung pada 5 September 2019 lepas.
Ketika ini Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia masing-masing belum mengumpul sebarang mata.
Mampukah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencipta mata dalam perlawanan yang akan berlangsung nanti? Sama-sama kita saksikan perlawanan Malaysia vs Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September 2019.
Disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia, perlawanan Malaysia bertemu UAE kali ini sudah pasti menjadi penantian buat seluruh penyokong bolasepak tanah air.
Apa yang pasti kemenangan pasukan Harimau Malaya sangat ditagih dalam perlawanan ini bagi memastikan kedudukan teratas peringkat kumpulan G masih kekal menjadi milik Malaysia.
Semoga kemenangan milik Harimau Malaya pada malam ini.

Tonton Online Live Streaming Malaysia vs UAE 10.9.2019
Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Malaysia vs UAE ini. Perlawanan juga disiarkan secara langsung di TV2 dan Astro Arena 801 dan 802 bermula jam 8.30 malam waktu Malaysia.
Untuk menonton perlawanan ini secara atas talian sila klik pautan yang disediakan di bawah ini:
Info Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia vs UAE
Tarikh: 10 September 2019
Hari: Selasa
Masa: 8.30 malam waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Astro Arena 801, 802, dan TV2
LIVE Keputusan Malaysia vs UAE 10 September 2019
Keputusan terkini perlawanan Malaysia vs UAE adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.
Malaysia 1-2 UAE
(*keputusan penuh perlawan)
Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas sepak mula sehingga tamat perlawanan.
Jangan lupa kita sebagai rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan kita. Semoga kemenangan kali ini menjadi milik kita lagi. Ayuh sokong Harimau Malaya!