Tonton Live Streaming JDT vs Felda United 27.1.2017 Liga Super
JDT vs Felda United. Saingan Liga Super 2017 telahpun bermula. Perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih 2017 Johor Darul Takzim(JDT) vs Kedah telah menyaksikan pasukan Kedah dinobatkan sebagai pemenang setelah menang dalam penentuan sepakan penalti.
Pusingan Pertama Perlawanan Liga Super Malaysia 2017 sudah bermula 21 Januari 2017 lepas yang menyaksikan 6 perlawanan(di dalam jadual) tetapi pada hari perlawanan hanya 5 sahaja perlawanan yang berlangsung. Perlawanan antara Kelantan vs Melaka United terpaksa ditunda kerana keadaan padang yang becak disebabkan oleh cuaca hujan.
Hari ini 27 Januari 2017, pusingan kedua perlawanan Liga Super Malaysia 2017 akan berlangsung yang menyaksikan 12 pasukan yang bakal bersaing dalam 6 perlawanan.
Dek kerana 2 perlawanan sahaja yang akan disiarkan di TV3 dan TV9 maka dengan ini dua perlawanan ini bakal menjadi tumpuan ramai malam ini.
Selangor akan menentang Melaka United dan Johor Darul Takzim(JDT) menentang Felda United pada malam ini. Maklumat perlawanan adalah seperti berikut:
Selangor vs Melaka United(TV9)
Johor Darul Takzim(JDT) vs Felda United(TV3)
Tonton Online Live Streaming JDT vs Felda United 27.1.2017
Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Johor Darul Takzim(JDT) vs Felda United 27 Januari 2017 di www.tonton.com.my.
Selain itu anda juga boleh menonton perlawanan ini secara atas talian di pautan yang disediakan di bawah ini:
Jadual Penuh Perlawanan Pusingan Kedua Liga Super 2017
Dibawah ini adalah senarai penuh jadual perlawanan pusingan kedua Liga Super Musim 2017. JDT dan Kedah selaku pasukan yang membuat pembukaan perlawanan dalam merebut Piala Sumbangsih 2017. Perlawanan JDT vs Kedah pada 20 Januari 2017 dan perlawanan (pusingan pertama) pasukan lain pada hari berikutnya 21 Januari 2017.
Tahniah Kedah Juara Piala Sumbangsih 2017
Tahniah diucapkan kepada Kedah selaku juara Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah tahun ini, 2017. Kedah terikat 1-1 dengan Johor Darul Takzim sehingga tamat perlawanan 90minit. Penentuan juara ditentukan dengan sepakan penalti dan Kedah berjaya dalam penentuan itu. Kedah dinobatkan sebagai pemenang Piala Sumbangsih 2017. Tahniah!
Brian Ferreira gagal menyempurnakan sepakan ke-3. Liridon menjadi hero apabila menyempurnakan penalti kemenangan.
Ini adalah Piala Sumbangsih yang ketiga buat Kedah. Tahniah diucapkan kepada pasukan Kedah. Semoga terus maju jaya pada tahun ini. Kepada pasukan JDT, jangan cepat berputus asa kerana perlawanan baru bermula. Masih ada lagi peluang untuk memenangi piala pada tahun 2017 ini.