Hari ini merupakah hari penting buat kedua-dua pasukan bolasepak tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim(JDT) dan Kelantan FC. JDT vs Kelantan FC bakal berlangsung pada malam ini 5 November 2022.
Ini merupakan perlawanan saingan Piala Malaysia 2022 peringkat Suku Akhir Pertama buat kedua-dua pasukan ini.
Bagi pasukan Kelantan FC, malam ini merupakan perlawanan yang memberi kelebihan buat pasukan ini kerana perlawanan pertama ini berlangsung di tempat sendiri iaitu di Stadium Sultan Muhammad ke- IV.
Apa-apapun kemenangan Kelantan FC perlu dijadikan misi utama pasukan ini kerana perlawanan suku akhir kedua nanti akan berlangsung di tempat lawan.
Sudah pasti Kelantan FC tidak memberikan laluan mudah buat pasukan Harimau Selatan dalam perlawanan pertama hari ini 5.11.2022.
Keon atau nama sebenarnya Khairul Helmi berkata, dia dan rakan sepasukan bakal memberi cabaran dan sudah pasti akan gunakan sebaiknya peluang di tempat sendiri untuk mendapat bekalan selesa sebelum ke tempat lawan pada minggu hadapan.
“Sudah pasti kita teruja bagi menentang lawan yang amat besar (JDT). Namun kita akan terus fokus pada perlawanan pertama suku akhir ini & sudah pasti tidak akan bagi laluan mudah untuk lawan menguasai perlawanan,” katanya sebelum menjelang aksi melawan JDT.
Bekas pemain pertahanan Melaka United itu berkata, dia juga berharap kehadiran penyokong Kelantan FC ke stadium keramat mereka akan memberikan tambahan semangat juang pasukannya, malam ini.
Jelasnya, persiapan pasukan Kelantan FC kini berjalan lancar dan mereka akan memperbaiki segala kelemahan pada perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata dia akan terus menurunkan barisan pemain tempatan untuk menghadapi skuad Harimau Selatan.
Katanya, barisan pemainnya kini berada dalam keadaan sangat cergas dan dalam prestasi yang baik.
“Kita tak boleh lakukan kesilapan, jangan leka dan perkara-perkara sebegini kita perlu titik beratkan untuk saingi melawan Johor Darul Ta’zim(JDT). Lagipun kita sudah di peringkat suku akhir. Saya harap pemain akan bermain sehabis baik,” katanya ketika ditemubual.
Tonton Online Live Streaming JDT vs Kelantan FC 5-11-2022
Peminat bolasepak negara juga boleh menonton online perlawanan antara Johor Darul Ta’zim(JDT) vs PDRM ini. Perlawanan juga disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro, iFlix, RTM HD dan Unifi TV bermula jam 8.30 malam waktu Malaysia. Sepak mula dijangka berlangsung pada jam 9.00 malam waktu Malaysia.
Untuk menonton perlawanan ini secara atas talian sila klik pautan yang disediakan di bawah ini:
Pautan 1 <– KLIK SINI
Link 2 <– KLIK SINI
Live 3 <–KLIK SINI
Info Perlawanan Liga Super Malaysia 2020 JDT vs PDRM
Tarikh: 5 November 2022
Hari: Sabtu
Masa: 8.30pm, 9.00pm(sepak mula)
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad ke- IV
Siaran Langsung: TV1 dan Astro, iFlix, Unifi TV dan RTM HD
LIVE Keputusan JDT vs Kelantan FC 5 November 2022
Keputusan terkini perlawanan Johor Darul Ta’zim JDT vs Kelantan FC adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.
JDT FC 0-0 Kelantan FC
(Keputusan akan dikemaskini)
Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas sepak mula sehingga tamat perlawanan.
Sama-sama kita memberikan sokongan buat kedua-dua pasukan ini pada malam ini. Perlawanan Piala Malaysia antara JDT vs Kelantan FC malam ini dijangka sengit dan kelebihan sudah pasti menjadi milik Kelantan FC kerana bermain di laman sendiri.
Namun, kekuatan pasukan Johor Darul Ta’zim(JDT) tidak boleh dipandang rendah oleh pasukan Kelantan FC. JDT FC sudah pasti ada ramuan bagi menewakan pasukan dari Pantai Timur ini.
Apa-apapun sama-sama kita saksikan perlawanan ini secara langsung pada malam ini. Berikan sokongan anda sebagai peminat bolasepak tanah air kita. JDT vs Kelantan FC, pasukan manakah pilihan anda untuk perlawanan kali ini? Sila kongsikan di ruangan komen di bawah.
Jangan lupa saksikan perlawanan pada malam ini. Sepak mula bermula 9.00pm waktu Malaysia. Perlawanan bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke- IV. Sama-sama kita saksikan perlawanan ini yang dijangka sengit dan sudah pasti panas. Tunggu dan lihat.
No Responses