BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Live Streaming Malaysia vs Thailand 14.11.2019 Kelayakan Piala Dunia 2022

ammar November 14, 2019

Hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bolasepak tanah air kini telah tiba.

Hari ini 14 November 2019 satu perlawanan bolasepak antara pasukan yang terkuat di rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia melawan Thailand.

Pasukan Harimau Malaya kini dalam misi hidup mati dalam merebut slot kelayakan ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Setelah tewas dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini, Malaysia akan bertemu seteru tradisi iaitu Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 14 November 2019 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kali terakhir Malaysia bertemu Thailand adalah pada kejohanan AFF tahun lalu. Pada perlawanan itu Malaysia seri 2-2 di tempat lawan sekaligus layak ke pusingan seterusnya atas kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Perlawanan ini dijangka sengit kerana perbezaan ranking dunia Thailand jauh kehadapan berbanding Malaysia. Terkini, Thailand menghuni  ke-109 dunia berbanding Malaysia yang menghuni tangga ke-158 dunia

Skuad Gajah Per@ng dijangka akan menampilkan barisan pemain terbaik yang tidak disenaraikan pada kejohanan peringkat Asia Tenggara yang lalu. Antara pemain bintang yang harus diberi tumpuan ialah Chanatip Songkrasin dan Teerasil Dangda yang dijangka akan menjadi tonggak untuk merobek gawang Malaysia

Setakat ini pasukan Malaysia berada pada tangga keempat kumpulan G, dengan satu kemenangan dan dua kekalahan berbanding Thailand yang berada di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan. Justeru, perlawanan peringkat kumpulan yang keempat ini amat penting bagi Malaysia bagi memperbaiki kedudukan dalam kumpulan G.

Gabungan penyerang trio Malaysia Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Mohamadou Sumareh menjadi tonggak utama pasukan Harimau Malaya dalam misi merobek benteng pertahanan skuad Gajah Per@ng.

ARTIKEL LAIN  Live Streaming Keputusan JDT vs Kedah 28.2.2020 Piala Sumbangsih 2020

Mampukah Harimau Malaya menundukkan Gajah Per@ng pada malam ini di Stadium Bukit Jalil? Sama-sama kita saksikan perlawanan ini yang bakal berlangsung pada puku 8.45 malam waktu Malaysia.

Tonton Online Live Streaming Malaysia vs Thailand 14.11.2019

Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara Malaysia vs Thailand ini.

Perlawanan juga disiarkan secara langsung Astro Arena 801/ 802 HD bermula jam 8.45 malam waktu Malaysia.

Untuk menonton perlawanan ini secara atas talian sila klik pautan yang disediakan di bawah ini:

LINK 1

LINK 2

LINK 3

LINK 4

Info Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia vs Thailand

Tarikh: 14 November 2019

Hari: Khamis

Masa: 8.45pm

Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil 

Siaran Langsung: Astro Arena 801/ 802 HD 

LIVE Keputusan Malaysia vs Thailand 14 November 2019

Keputusan terkini perlawanan Malaysia vs Vietnam adalah seperti dibawah. Keputusan akan dikemaskini semasa perlawanan bermula dan tamat.

Malaysia 2-1 Thailand

(*keputusan terkini)

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • MU kalah 7 0 dengan jdt
    4 Pemain Ini Bakal Dibuang Kerana Melaka …
    April 10, 2017 0
  • jdt vs pknp fc 23 julai 2018
    Live Streaming Keputusan JDT vs PKNP FC …
    July 23, 2018 0
  • Faiz Subri
    Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The …
    January 11, 2017 1
  • Gol Tercantik Pemain Malaysia Bertanding Anugerah FIFA Puskás Award 2016
    Gol Tercantik Pemain Malaysia Bertanding Anugerah FIFA …
    November 23, 2016 0
  • Live-streaming-keputusan-Kelantan-vs-Sime-Darby-25.7.2015
    Tonton Online Siaran Langsung Kelantan VS Sime …
    July 25, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)