Bersarapan dengan menghirup secawan teh, kopi atau milo mungkin menjadi kebiasaan bagi semua manusia di dunia ini.
Malaysia yang terkenal dengan pelbagai makanan dan minuman tidak lari dari menu wajib utama setiap pagi iaitu nasi lemak dan roti canai.
Tidak lengkaplah selepas makan sarapan ini tiada minuman. Teh tarik, kopi, nescafe atau milo selalunya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Tidak hairanlah jika selepas bersarapan membuatkan ramai orang terasa malas dan mengantuk.
Kandungan kalori di dalam makanan itu menjadi punca utama kenapa kita merasa malas selepas bersarapan.
Tetapi lain pula dengan satu kajian ini. Tahukah anda jikalau anda makan aiskrim di waktu pagi akan membuatkan anda bijak?
Pelik bukan? Tetapi satu kajian saintis dari Tel Aviv University menunjukkan memakan makanan manis di waktu pagi menambah kecerdasan otak, lapor Dailymail UK.
Malah, seorang saintis dari Jepun mendapati sesiapa yang makan aiskrim selepas bangun tidur membantu mereka untuk jadi lebih bijak.
Di samping itu, ia juga dapat membantu mood anda untuk berasa lebih gembira, tenang dan bertambah positif untuk memulakan hari anda.
Sebab itu, ramai yang mengesyorkan untuk makan aiskrim jika berasa sedih kerana ia membantu menghilangkan kesedihan anda.
Selain itu, terdapat satu lagi kajian mendapati aiskrim dapat menurunkan berat badan jika dimakan pada waktu pagi. Jadi, mitos mengatakan makan aiskrim boleh menyebabkan kegemukan tidak boleh dipercayai 100%.
Aiskrim bukan sahaja dapat mencerdaskan minda, tetapi ia juga bertindak melancarkan sistem pencernaan anda.
Disini kita dapat simpulkan bahawa makan aiskrim ada juga kelebihan dan kebaikannya untuk manusia. Aiskrim bukan satu-satunya makanan yang tidak sihat. Tetapi berpada-padalah jika makan aiskrim. Jangan terlebih nanti takut gemuk.
Jadi, marilah sama-sama kita beli stok aiskrim untuk dijadikan sarapan setiap pagi. Semoga selepas ini kita menjadi orang yang bijak pandai.