Live Streaming Keputusan Malaysia vs Papua New Guinea 20.6.2023 Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok, satu lagi perlawanan antarabangsa Malaysia bakal diadakan. Pasukan kendalian Kim Pan Gon yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya itu bakal berdepan dengan negara Papua New Guinea.
Harrison Kamake yang merupakan pengendali pasukan Papua New Guinea, memandang tinggi keupayaan pasukan Malaysia lebih lagi skuad kendalian Kim Pan Gon berada di ranking jauh lebih baik berbanding skuad kendaliannya. Namun, itu bukan alasan untuk pasukan Harimau Malaya memandang rendah kepada keupayaan pasukan Papua New Guinea.
Walaupun Papua New Guinea bukan pasukan pilihan, pasukan itu baru-baru ini berjaya terikat 2-2 berdepan Singapura pada aksi persahabatan di negara berkenaan Jumaat lalu.
Jika kita lihat rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, skuad Harimau Malaya pernah tewas 2-0 pada aksi yang berlangsung di negara berkenaan pada Jun 2016. Tetapi selepas itu skuad negara membalas dendam hasil kemenangan 2-1 pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, pada November 2016.
14 Jun 2023 lepas, pasukan Harimau Malaya berjaya mencipta kemenangan bergaya 4-1 apabila berhadapan dengan Kepulauan Solomon. Diharap skuad negara kendalian Kim Pan Gon dapat meneruskan momentun kemenangan dalam berdepan Papua New Guinea pada 20 Jun 2023 ini.
Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea ini seharusnya dijadikan sebagai peluang keemasan buat skuad negara meraih lagi mata seterusnya dapat membaiki ranking bolasepak Malaysia.
Jika kita lihat ranking semasa, Papua New Guinea berada di ranking bawah daripada Malaysia. Jadi ini adalah waktu yang sesuai untuk Malaysia buktikan kemampuannya.
Walaupun tidak berjaya menang dengan keputusan bergaya seperti tempoh hari, menang 2-1 sudah cukup untuk membuatkan Malaysia meningkatkan ranking FIFA semasa.

Live Streaming Malaysia vs Papua New Guinea
Malaysia vs Papua New Guinea akan berlangsung pada hari Selasa, 20 Jun 2023, jam 8.30 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Sepak mula aksi perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea akan disiarkan secara LIVE atau siaran langsung menerusi saluran TV9 dan saluran sukan Astro Arena. Pra perlawanan akan bermula pada jam 8.30 malam waktu Malaysia.
Untuk tontonan yang lebih mudah dan “mobile”, penonton boleh menonton perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea secara live streaming menerusi www.tonton.com.my, www.xtra.com.my/live-tv/ atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store. Mudah sahaja untuk mendaftar akaun ini.
Info Perlawanan Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia vs Papua New Guinea 20.6.2023
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Waktu Siaran : Selasa, 20 Jun 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Astro arena, Tonton dan Xtra
Link streaming : Live TV Xtra TV9
Tonton Online Live Streaming Malaysia vs Papua New Guinea 20.6.2023
Untuk menonton perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea ini secara atas talian sila lihat pautan yang disediakan di bawah ini:
Pautan 1 <– DI SINI
Link 2 <– DAN SINI
Live 3 <– SINI JUGA
LIVE Keputusan Malaysia vs Kepulauan Solomon 14 Jun 2023
MALAYSIA 10-0 Papua New Guinea
(Keputusan akan dikemaskini)
Sama-sama kita saksikan perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea ini bermula jam 9.00pm. Bagi sesiapa yang tiada siaran televisyen di rumah, anda boleh menonton perlawanan ini secara live streaming di internet hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Sidang Media Pra Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea
Semoga Malaysia memperolehi kemenangan kali ini berdepam dengan Papua New Guinea. Sama-sama kita saksikan perlawanan tumpuan ini pada malam 20 Jun 2023.