Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping gambar Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan aksi bersahaja menjamu selera di kedai makan tepi jalan.
Dalam gambar itu kelihatan baginda dengan khusyuk sedang menikmati hidangan roti tempayan dengan kari kambing.
Rata-rata pengguna media sosial gembira dengan melihat gambar itu dan ada yang berkata inilah Agong yang mesra rakyat.
Namun, lain pula ceritanya apabila melihat netizen berbangsa Cina. Ada sebahagian mereka yang kurang senang dengan gambar Yang Dipertuan Agong itu.
Tingkah laku netizen Cina di laman sosial Facebook bagai tidak mengenal erti keinsafan dan rasa hormat apabila terus-menerus mengeluarkan komen berbaur pengh1naan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terbaharu, dalam laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang memaparkan berita Agong berkenan mencem4r duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan Isnin lalu, mengundang komen kurang enak dalam kalangan pembacanya.
Di ruangan komen Facebook Sin Chew Daily, segelintir netizen Cina mend4kwa Agong hanya berlakon untuk menjadi ‘mesra rakyat’. Salah seorang pengguna dengan nama, Fei Hong Fei Hong berkata: “Macam berlakon”
Sementara Kang Choon Gin juga turut senada dan berkata: “Alamak! Awak keluar untuk berlakon lagi” Manakala seorang lagi pengguna dengan nama Benny Loo LG mempersoalkan sama ada tindakan Agong bersantap di kedai roti tempayan itu sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk.
“Show Off? (Menunjuk-nunjuk?),” kata Benny. Pengguna Facebook, Brian Heng pula menulis komen berbaur s1ndiran kepada Agong mengenai isu politik negara dan mengaitkannya dengan gambar yang dimuat naik Istana Negara itu.
“Gambar ini sangat sesuai, pemandangannya ialah pintu. Tertutup pula tu. Terima kasih kerana memimpin kepada kerajaan keadaan sekarang ini,” kata Brian. Hoo Hoo Gan pula dengan b1adabnya menyifatkan Agong sebagai tidak boleh diharap. “Tidak boleh diharap, cakap lain buat lain. Pemikirannya seakan parti politik Melayu,” katanya.
Manakala seorang lagi pengguna, Siew Mun bagaikan tidak berpuas hati dengan tindakan Agong bersantap di kedai itu, serta seolah-olah menganggap Agong tidak prihatin akan kesusahan rakyat. “Kadar pengangguran meningkat, amalan rasuah bertiup, rakyat hidup susah, sultan boleh bersantai dan serba cukup. Daulat Tuanku,” katanya.
Terdahulu, laman Facebook Istana Negara memuat naik beberapa gambar Seri Paduka bersendirian menikmati roti tempayan yang dihidangkan dalam pinggan, tanpa sebarang protokol dan penuh santai duduk di atas bangku plastik yang disediakan di kedai terbabit.
Baginda ketika itu dilaporkan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi yang menempatkan 40 individu kurang bernasib baik.
Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia yang sukakan keamanan dan kemesraan tidak perlulah menggunakan kata-kata tidak enak kepada ketua negara kita iaitu Yang di-Pertuan Agong. Kerana baginda adalah payung negara dan rakyatnya bernaung dibawahnya.
Sama-samalah kita jaga dan kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan mendoakan yang terbaik buat Baginda. Elakkan dari bercakap perkara yang tidak baik kepada Baginda.